Sunday, March 31, 2013

5 Tips Meningkatkan Metabolisme Badan


Ni saya nak share 5 tips untuk meningkatkan metabolisme badan? Kenapa nak tingkatkan metabolisme badan? Untuk senang kurus, ya untuk senang kurus.
  1. Banyak minum air putih - pastikan badan mendapat air putih yang secukupnya. setiap 25kg berat kita memerlukan 1 liter air. maka kalau berat kita 50g, kita memerlukan 2 liter air. Lebih banyak lebih bagus, tapi jangan terlebih air putih ya. Kalau mengikut kiraan anda memerlukan 2 liter air,memadai diambil paling banyak 3 liter. Terlebih air mungkin akan menjurus ke arah keracunan air,lebih2 lagi jika kita menahan dari membuang air. Terlebih air juga membuatkan perut sebu dan tidak selesa.
  2. Tidur awal - mesti tidur awal dalam pukul 10pm atau selewat2nya pukul 11pm. Jangan lebih lewat dari tu. Banyak manfaat jika tidur awal. Rugi siapa yang suka tidur lambat. Dari aspek kuruskan badan, tidur awal akan mengurangkan masa untuk kita makan. Kadang2 kita bukan lapar, tapi kita still makan jugak kan.. So lebih baik tidur awal.
  3. Bersenam - sekurang2nya 3 kali seminggu selama 30 minit. Tiap2 hari lagi bagus. Tak perlu senaman yang berat2, yang ringan pun dah cukup, janji buat! Kebaikan senaman tak perlu la saya hurai panjang lebar. Bukan kita aje yang nak makan tau, jantung kita pun nak makan. Macam mana nak bagi jantung makan? Ya, dengan senaman. Dengan senaman kita akan memperbaiki kadar degupan jantung kita.
  4. Jaga pemakanan - amalkan pemakanan seimbang. lebihkan serat dan buah2an dalam makanan. Karbohidrat memadai dengan saiz senggengam tangan kita sahaja utk setiap hidangan. Kerapkan makan buah2an dan ulam2 mentah yang kaya dengan antioksidan.
  5. Happy2 selalu - Ya jangan stress, jangan marah2.. Bila mood kita happy semua jadi mudah dan MUDA =)
Ini perkara yang paling asas untuk menurunkan berat badan. Tanpa asas ini, produk terbaik & termahal pun takkan mampu mengubah saiz badan kita. Jika 5 asas ini tak dapat dipenuhi, lupakan tentang produk tambahan untuk menguruskan badan. dikhuatiri hanya akan mengecewakan dan membazirkan duit sahaja...

********************************************************************************* 
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :

Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida

COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!

No comments: