Tuesday, April 23, 2013

Pemakanan Untuk Hamil

Pemakanan tidak sihat adalah penyumbang utama kepada semua masalah ketidaksuburan pada masa kini. Semakin hari kita semakin terdedah kepada pelbagai pemakanan yang tidak berkhasiat malah ada yang ditawarkan 24 jam setiap hari tanpa henti. Gaya hidup yang sering makan di luar turut mempengaruhi masalah ketidaksuburan di Malaysia.



Berikut antara beberapa point penting tentang pemakanan yang perlu dititikberatkan :

• Perbaiki gaya makan – kurang lemak, banyak serat. Banyakkan makan buah dan sayur serta susu yang kaya dengan kalsium. Kekurangan nutrien boleh mempengaruhi kitaran haid seterusnya menyukarkan untuk meramal waktu subur. Vitamin yang penting untuk kesuburan dan meningkatkan kualiti sperma ialah vitamin C, vitamin E, asid folik serta zink.

• Ambil suplemen tambahan sebagai pelengkap kepada pemakanan. Ini penting untuk memastikan anda mendapat nutrien yang secukupnya.

• Makan asid folik – penting untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang. Kajian menunjukkan yang pengambilan asid folik mampu meningkatkan peluang untuk hamil.

• Dapatkan berat badan ideal – mengurangkan sedikit berat bagi yang bersaiz besar dan menambahkan sedikit berat bagi yang terlalu kurus sangat penting. Ia boleh mengurangkan komplikasi ketika hamil. Bagi yang terlalu kurus pula sangat berisiko untuk melahirkan bayi pra-matang. Bagi yang bersaiz besar boleh memulakan rutin senaman secara teratur. Elak penurunan berat yang drastik kerana ia boleh menyebabkan ovulasi tidak berlaku.

• Hindar tabiat buruk-tinggalkan tabiat meminum alkohol, dadah dan ubat2an melainkan dengan nasihat doktor. Jauhi kafein serta merokok dan juga perokok kerana asap rokok boleh merisikokan kehamilan anda.


Mulakan dari yang mudah diikuti dengan yang paling sukar untuk anda patuhi. InsyaAllah dengan doa dan usaha yang berterusan, impian anda pasti menjadi kenyataan. Saya mendoakan!

Tercari2 suplemen untuk meningkatkan kesuburan anda? Klik sini

No comments: