TANDA AWAL KEHAMILAN
=======================
Tertanya2 sama ada hamil atau tidak adalah perkara biasa bagi kebanyakan isteri. Adakalanya kita teruja untuk mengetahui tapi takut untuk membuat ujian air kencing. Bimbang akan kecewa dengan keputusan yang bakal diperolehi. Atau mungkin juga tidak mahu rugi satu kit ujian kerana period masih belum betul2 lewat. Jom kita baca tanda2 awal yang mungkin menunjukkan ada orang baru di dalam perut anda. Baca free saja kan, so tak rugi. Namun diingatkan ini hanyalah simptom2 yang biasa, mungkin juga anda mengandung, tapi tidak mengalami sebarang simptom atau mungkin juga sebaliknya.
- sesak nafas – fetus yang membesar
memerlukan oksigen dan ia akan menggunakan sedikit bekalan oksigen anda.
- sakit payudara – payudara terasa berat
dan penuh, areola menjadi gelap dan urat2 jelas kelihatan pada dada. Ini
kerana payudara sudah melakukan persiapan untuk menghasilkan susu pada
bayi yang akan lahir nanti.
- keletihan – ia mungkin satu tindak
balas kepada peningkatan hormon2 di dalam tubuh
- loya – perubahan hormon ketika hamil
akan membuatkan anda berasa loya. Kebiasaannya loya akan terjadi ketika
usia kandungan masuk bulan ke-2 namun ada wanita yang akan mengalaminya
lebih awal.
- sakit belakang – ini mungkin kerana
ligamen sedang melonggar untuk memuatkan kandungan anda.
- selalu membuang air kecil –semasa hamil,
tubuh menghasilkan lebihan cecair dan disebabkan itulah pundi kencing anda
terpaksa bekerja lebih masa dan memaksa anda membuang air kecil.
- sakit kepala – perubahan hormone turut
akan membuatkan sesetengah wanita sakit kepala.
- kekejangan – jika hamil, ini disebabkan
uterus sedang meregang dalam persediaan menerima ehadiran bayi. Namun
seringkali juga dialami oleh wanita yang sedang menghampiri haidnya.
- mengidam/enggan makan – terutama jika
anda mengidam benda2 masam. Atau mungkin juga tiba2 anda tidak boleh
menerima makanan yang biasa anda makan.
- sembelit dan kembung perut – jika perut
terasa kembung dan seluar jeans menjadi ketat, ini mungkin petanda lebihan
hormon progesteron yang terhasil untuk menyokong kehamilan, ia melambatkan
sistem pencernaan.
- perubahan mood – jikatiba2 anda suka
marah/gagal kawal emosi, ini mungkin kerana tubuh sedang cuba menyesuaikan
diri dengan perubahan hormon yang baru.
- suhu badan meningkat – jika anda
mencatit suhu badan asas (body basal temperature), suhu ini akan terus kekal
tinggi melebihi 2 minggu jika anda hamil dan kekal hingga akhir kehamilan.
- mual dengan bau – jika tiba2 anda
jadi sangat sensitif dengan bau, ini juga petanda baik yang anda sedang
hamil.
- kesan darah (spotting) – kesan darah
mungkin akan dialami bagi sesetengah wanita sewaktu janin menempel di
dinding uterus.
- lambat datang haid – jika anda
memantau kitar period anda dan perasan ia telah melebihi tempoh kitaran
biasa anda, ini petanda paling besar yang anda mungkin hamil.
- ujian kehamilan yang positif – hampir
tepat! Jika period telah lewat dan stik ujian kehamilan menunjukkan
positif hamil, ya TAHNIAH, anda hamil. Segera berjumpa doktor anda untuk
memeriksa dan memastikan kandungan anda!
ANDA MASIH BELUM BERJAYA UNTUK HAMIL? SILA KLIK SINI UNTUK BERUSAHA LAGI!
No comments:
Post a Comment