Bila seorang suami mengucapkan ribuan terima-kasih kepada isterinya kerana telah memberikannya anak, ketahuilah betapa berbunganya hati seorang isteri. Segala kesakitan yang dilalui berjuang nyawa hilang dan terbasuh dengan kata-kata indah suaminya.
Apatah lagi bila suami mengambil berat terhadap isterinya yang masih belum kuat semuanya. Hendak bergerak pun bukan senang. Maklumlah berjahit dan bahagian bawah perut masih sakit. Bila hendak mengangkat bayi itu, amat-amat sakit sebenarnya. Bila suami sangat prihatin dan peka akan keadaan isterinya, inilah namanya keluarga!Bila waktu malam pula suami sanggup bangun untuk mengambilkan anak yang mahukan menyusu dan mengangkat anak itu untuk disusukan oleh isterinya, maka amatlah meringankan sakit isteri yang tidak larat sebenarnya untuk mengangkat bayi itu. Ditambah pula jika suami menyediakan susu panas untuk isterinya minum sebelum menyusukan bayinya, Oh, betapa bagusnya akhlak ayah muda ini.
Anda layak menjadi suami yang hebat begini. Inilah kepimpinan keluarga.
Credit to : Prof Dr Rozieta
********************************************************************************* Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!
No comments:
Post a Comment