Stress Of Infertility - Yang Jarang Anda Dengar (Part 2)
Bagi pasangan yang berusaha untuk hamil, pastinya pelbagai usaha telah dilakukan, baik secara moden mahupun tradisional, baik yang murah sehinggalah yang mahal malah mungkin menelan kos beribu-ribu ringgit. Apa sahaja demi bergelar seorang ibu/ayah, kita sanggup ketepikan segala kepayahan asal saja nikmat yang satu ini berjaya dikecapi.
Di sini suka kami kongsikan satu tip melalui pembacaan beberapa hari yang lepas. Kami kira tip ini jarang-jarang kita dengar, namun berbaloi untuk dicuba, kerana ada logiknya, malah tidak melibatkan sebarang kos!
Tahukah anda, berdasarkan kajian, pasangan yang melalukan hubungan intim secara konsisten 3-4 kali seminggu lebih berpeluang untuk hamil berbanding mereka yang hanya bertumpu pada waktu subur untuk melakukan hubungan intim?
Benarkah? Di mana logiknya?
Hubungan sebelum waktu subur hinggalah menjelang waktu subur penting untuk meningkatkan kebarangkalian sperma-sperma sihat untuk berjaya menembusi ovum. Manakala hubungan SELEPAS waktu subur pula dapat membantu perkembangan embrio dan penempelan embrio di dinding uterus. Mengikut kajian awal, semen yang dihasilkan melalui hubungan intim selepas waktu subur dapat memainkan peranan dalam dua perkara penting untuk hamil ini. Walaupun kajian ini masih di peringkat awal, tak salah kalau mencuba kan? Tanpa sebarang kos pula tu
Apa tunggu lagi, jom cuba sekarang!
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Email : adrianida83@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
No comments:
Post a Comment