Sunday, June 23, 2013

Tips Kesihatan Musim Jerebu



Apakah Tanda Dan Gejala Jerebu Kepada Kesihatan :Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah kepada jerebu termasuklah =>

1) Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
2) Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
3) Mata terasa pedih dan berair.
4) Hidung berair dan kerap bersin.
5) Kulit terasa gatal-gatal.
6) Terasa sakit dada.

Cegahlah Penyakit Akibat Jerebu. Ikuti Nasihat Berikut :-

1) Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2) Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

3) Perokok ynag mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam rumah.

4) Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

5) Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.

6) Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

7) Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

8 ) Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

9) Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)

10) Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.


11) Untuk langkah pencegahan tambahan, dapatkan Nutiferon Shaklee untuk meningkatkan sistem imuniti badan anda.

*Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Malaysia.


********************************************************************************* Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!

No comments: