Monday, June 24, 2013

Tips Mudah Hamil Lagi..

Sesebuah perkahwinan tidak lengkap jika tidak dikurniakan zuriat. Zuriat adalah penyeri dan pelengkap dalam kehidupan suami isteri. Bagi pasangan yang telah berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata janganlah mudah putus asa, kerana ianya adalah kerja Allah dan yang penting kita jangan cepat putus asa dan berdoa.




Ada beberapa tips yang boleh dikongsikan disini sebagai panduan untuk pasangan yang belum dikurnikan cahaya mata. Mudah-mudahan ianya membantu :-)

  1. Kurangkan stress dan tekanan perasaan -  Wanita yang mudah terdedah kepada tekanan setiap hari mampu menurunkan lagi kebarangkalian untuk hamil. Oleh itu, cuba tenangkan diri dalam sebarang keadaan dan banyakkan berzikir serta mengingati Tuhan.
  2. Kurangkan berat badan / tingkatkan berat badan - Bagi yang terlalu kurus cuba untuk tingkatkan berat badan anda, bagi yang terlalu berat anda perlu untuk kurangkan berat badan. Ini kerana wanita dalam kategori ini cenderung untuk mengalami masalah kitaran haid.  Kesan langsungnya juga ialah hormon tidak cukup dirembeskan dan tubuh badan anda tidak ‘bersedia’ untuk berbadan dua.
  3. Ketahui waktu subur anda -  Dengan itu anda boleh tingkatkan kebarangkalian untuk hamil dengan meningkatkan kekerapan hubungan seks bersama suami ketika hari subur anda.
  4. Jangan merokok -  Mungkin memang amat jarang kita lihat wanita merokok. Akan tetapi bagi kaum suami ianya adalah suatu kebiasaan. Menurut kajian sains, saintis telah mendapati kandungan rokok serta asap rokok boleh membunuh sel-sel sprema. Mungkin jika suami anda adalah seorang perokok tegar, inilah puncanya anda sukar hamil sebagai isteri. Hentikan tabiat merokok serta bagi si isteri, jauhkan diri sama-sekali daripada asap rokok.

********************************************************************************* Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!

No comments: