Thursday, June 20, 2013

Tips semasa mengepam - untuk hasil lumayan

Mengepam ada caranya untuk dapatkan hasil lumayan. Jom kami kongsikan tips nya! Semoga bermanfaat untuk semua..



Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri

Tenangkan diri - perkara pertama sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya.

Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.

Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.

Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia, suara dia.

Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. 3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.

Jangan lihat hasil tenusu - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu ye. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak keluar.

Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik. Sesiapa lain nak tambah, silalah. sangat dialu-alukan..

Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :

Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.

No comments: