Maaf lama tak menulis di blog ni. Sibuk sempena hari Malaysia. Hehe sibuk la sangat kan. Tak juga sebenarnya. Disebabkan balik kampung aje. Makanya masa lebih lama terluang untuk ayahanda bonda dan sanak saudara yang jarang2 jumpa. Itulah kehidupan. Hidup kita bukan hanya untuk diri kita sahaja. Tapi untuk orang lain juga, terutama orang2 tersayang di sekeliling.
Walaupun sibuk, HA tetap curi2 masa juga melayan pertanyaan dan order customer. Bisnes tetap berjalan seperti biasa. Anak2 didik HA tetap di coaching anytime anywhere yang mereka perlukan. Itulah indahnya bisnes Shaklee secara online. Hasilnya memang berbaloi. Paling penting HA tetap boleh meluangkan masa bersama keluarga, dan mengikuti suami ke mana sahaja. Tiada lagi masalah susah nak dapat cuti, tiada lagi masalah nak kena cover time cuti panjang (ni time keje kilang dulu la ni, hehe) dan yang paling best HA tak pernah ada masalah nak suruh siapa jaga anak. Syukur alhamdulillah. HA memang dah bergelar suri rumah sewaktu mengandungkan anak pertama lagi.
Tak kelassss jadi suri rumah? Haipppp siapa cakap? Bukan semua orang mampu nak duduk rumah, memasak, mengemas, jaga anak tau! Ah biarlah, HA tak pernah kisah apa orang nak cakap. Janji HA bahagia dengan kehidupan sekarang. Melihat anak membesar di depan mata, makan dengan air tangan HA sendiri, memasak untuk suami, mengikut suami ke mana2 sahaja, itulah rahmat yang paling besar.
Oh ya, itu kalau jadi suri rumah sahaja. Tapi HA bukan sahaja suri rumah, malah membuat bisnes online Shaklee. Ini membuatkan jiwa HA lebih kuat dan lebih hebat. Membantu memenuhi keperluan orang lain di dalam Shaklee memang luar biasa nikmatnya. Hanya Allah yang mengerti. Dan apabila menerima bonus Shaklee di tengah bulan, wahhhhhh segalanya menjadi lebih hebat dan luar biasa ;-)
Ermmmm cakap sahaja tak best. Jom para suri rumah, join HA untuk mengalami kehebatan yang tak semua orang boleh rasa ni. HA dah tak sabar nak berkongsi dengan siapa sahaja yang nak berjiwa hebat dan kuat di dalam Shaklee!
Call.sms.whatsapp : 0135014832
No comments:
Post a Comment