Ketidaksuburan atau kemandulan selalu disebabkan oleh gaya hidup yang buruk atau akibat kebiasaan seksual. Beberapa penyakit juga boleh menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki dan wanita.
Dalam beberapa kes, masalah ketidaksuburan disebabkan kerana pasangan lelaki . Namun dalam kes-kes lain hal tersebut disebabkan kerana perempuan dan dalam kes lain kerana kedua-duanya .
Berikut penyakit- penyakit yang boleh menyebabkan ketidaksuburan , seperti :
1 . Diabetes pada lelaki
Diabetes telah didiagnos sebagai salah satu penyakit yang menyebabkan masalah kemandulan pada lelaki. Sesuai kajian yang dilakukan oleh para saintis di United Kingdom , sperma pada lelaki diabetes mengalami kerosakan DNA. Kepekatan sperma juga terpengaruh dengan ketara dalam kes ini.
Perubahan kepekatan dan kerosakan DNA menyebabkan embrio tidak boleh terbentuk juga tidak dapat memberikan semua kod genetik .
2. Penyakit Celiac pada lelaki dan wanita
Penyakit Celiac adalah suatu keadaan di mana lapisan dari usus kecil rosak sehingga tidak boleh menyerap sebahagian daripada makanan yang penting agar tubuh tetap sihat.
Wanita yang menderita penyakit ini biasanya mempunyai masa pembiakan lebih pendek dan menopaus awal . Sedangkan pada lelaki , penyakit ini boleh menyebabkan disfungsi gonad yang berpengaruh terhadap fungsi testis. Jadi penyakit ini adalah salah satu penyebab kemandulan.
3. Gangguan tiroid pada wanita
Lebih daripada 10 peratus masalah ketidaksuburan pada wanita adalah kerana berat badan dan gangguan pada tiroid. Masalah tiroid mempengaruhi ovulasi dan kemampuan seseorang untuk mempertahankan kehamilan.
Wanita dengan antibodi tiroid mempunyai peningkatan jumlah sel pembunuh alami yang menyerang perkembangan embrio , yang berimplantasi mengganggu dan bahkan menyebabkan keguguran pada beberapa kes.
Tetapi tak perlu bimbang bagi yang mempunyai gangguan tiroid. Wanita dengan gangguan tiroid boleh dengan mudah mempertahankan kehamilan dengan rawatan perubatan yang berkesan.
Sumber: detikHealth
****************************************************************************
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!
No comments:
Post a Comment