Alhamdulillah.. akhirnya jug yang ditunggu2 sampai juga ke rumah kami. Setelah Shaklee kehabisan stok hari tu. Kami sabar ajela. Taknak beli penapis air lain. Sbb dah tau penapis air Shaklee ni best sangat. Ia menapis banyak benda, tapi harganya tak cecah ribu-ribu pun! Malah tak sampai separuh tangan juga. Dan yang paling best, ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja, tak guna kuasa elektrik, tak perlu dimasak lagi sebelum diminum malah masih mengekalkan kandungan mineral dalam air walau setelah dituras.
Ye, itu semua diperolehi dari sebuah jug. Tu yg paling penting. Sbb saya dan suami memang suka makan angin. Sejak dulu, kini dan selamanya.. Hehe.
Inilah rupa jug istimewa ini... Tadaaaa...
Jom kita lihat, apa yang jug istimewa ni boleh buat/tapis:
Bukan cakap saja tau.. ada sijil.. boleh check sendiri di WQA. Kalau penapis air yang cakap aje lebih, tapi takde sijil atau pun kalau ada sijil sekalipun, tapi hanya mampu menuras beberapa benda aje, kami taknak.. hehe. So mesti tahu performance penapis dulu ye sebelum kita membeli. Yang mahal tak semestinya bagus tau. So ni semua org boleh check sendiri sama ada penapis air yg anda dah beli/nak beli tu bagus ke tak.. check kat sini WQA..
Dan ini yang membuatkan kenapa saya nak pakai penapis air.
Seriously,sebelum ini duduk rumah tinggi, air paip nampak sangat kotor terutama di awal pengaliran. Mulanya kami beli air dari mesin, kemudian terasa sangat leceh untuk mengangkut air, especially time tu dah pregnant (takut juga nak angkat benda2 berat), so kami decide untuk pakai penapis air PENSONIC biasa yang ada jual kat mana2 pun. giant, tesco etc..
Kemudian ditakdirkan kami berpindah dan menyewakan rumah tersebut kepada satu pasangan muda baru berkahwin dan saya dengan senang hati berkata tak perlu la bawa penapis PENSONIC tu, mereka lebih memerlukan. Air kat situ kotor. Dah pindah rumah bawah, kebetulan pula tuan rumah buat piping baru, kami confident sangat la yang air kami minum tu bersih, so kami hanya minum air paip yang dimasak... Tapi tidak lagi setelah saya membuat beberapa pencarian di internet.. Air tu mungkin nampak sahaja bersih TAPI...
>> Tahukah anda air yg dimasak adalah air mati yang tidak mempunyai apa2 khasiat? Sbb itu kalau nak buat air penawar/air yasin, kita disuruh membawa air mineral. Saya pernah terbaca air yang dimasak 100'C itu sudah tidak mempunyai apa2 di dalamnnya, maka jika nak dibacakan doa pun dah tak ada molekul2 aktif untuk merangsang / memberi impak kepada penggunanya.
>> Tahukah anda air paip yang dimasak mungkin membunuh kuman, tapi ia masih tidak mampu membuang klorin/karat apatah lagi logam2 berat seperti plumbum yang ada pada air tersebut? Klorin digunakan pada zaman dahulu sebagai gas pembunuh. Karat pula? Sanggup ke nak minum air yang ada karat? Macam2 penyakit boleh dapat dari karat. Mana datang karat? Dah tentulah dari tangki2 simpanan air atau pun paip2 yang menyalurkan air tersebut.
>> Tahukah anda semakin hari semakin banyak klorin yang harus ditambah ke dalam air untuk dirawat kerana keadaan sungai kita yang semakin kotor dipenuhi sisa pembuangan dan sampah sarap?
Ha ini hanya sedikit aje tau yang saya kongsikan. Kalau rajin saya update lagi. Banyak lagi yang pakar air dah bincangkan, kenapa kita mesti punya penapis air. Lebih baik ada penapis, walaupun sekadar yang murah. Dan kalau dah ada penapis air, mesti alert bila pula nak tukar filter nya. Kalau tak, alamatnya, kita akan minum air yang lebih kotor dari air yang tak ditapis, sebab kuman semua dah berkumpul kat penapis yang kotor itu.. Dengan Shaklee Get Clean Water Pitcher ni tak perlu risau lagi kerana ada mechanical indicator yang akan memberitahu kita bila filter perlu ditukar. So tepuk dada, tanya selera..
*********************************************************************************
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!
2 comments:
salam..sy baru je beli water pitcher ni 2 hari lepas..
lepas minum air dr water pitcher tekak rasa kering dan batuk..
kenapa ye? sebelum ni sy beli dan minum air dari mesin tp x rasa kering tekak dan batuk..
wslm wbt, hi huda, masalah ini biasanya disebabkan oleh penggunaan yg salah. sila rujuk kepada pengedar yg anda beli bagi mendapatkan cara yang betul sebelum menggunakan water pitcher ini ya..
Post a Comment