Thursday, November 14, 2013

Mengatasi Masalah Tiada Ovulasi Dan Telur Kurang Matang

Dulu HA dah pernah up kan entry walaupun period teratur, tapi masih mengalami kesukaran untuk hamil. Ini kerana untuk hamil bukan hanya period yang perlu diambil kira. Banyak lagi faktor yang membuatkan seseorang wanita itu sukar untuk hamil. Dan faktor itu bukan sahaja dari pihak isteri malah pihak suami juga.

Walaupun haid kita teratur, tapi tak semestinya kita akan mudah untuk hamil. Period yang teratur tidak menjamin kesuburan/kesenangan untuk hamil, kerana:

1) mungkin telur kita tidak matang dan diameter yang kecil dan ovari tidak menghasilkan telur yang banyak mungkin 1 atau 2 biji, walaupun hal ini terjadi, kita tetap akan mengalami period yang berikutnya.

2) hormon untuk pelekatan sperm dan ovum tiada dalam badan atau berada dalam paras yang tidak cukup

3) hormon untuk membawa sperma dan ovum melekat didinding rahim tidak berada dalam paras yang cukup

4) sperma suami tak cukup dari segi kualiti mahupun kuantiti

Hari ni nak cerita detail pasal No (1). Pernah dengar pasal Clomid? Clomid ialah dadah yang digunakan untuk mengatasi masalah anovulatary (tiada ovulasi) ataupun masalah telur kurang matang dan tidak sesuai untuk membolehkan persenyawaan berlaku. Clomid akan meransang hormon yang akan membantu pembesaran telur ke saiz & diameter yang sesuai untuk disenyawakan.

Namun soya juga dikatakan mempunyai isoflavones yang boleh bertindak seakan hormon wanita dan turut membantu dalam penghasilan telur matang.

Kesan Clomid dikatakan lebih cepat dan menepati 'sasaran' berbanding soya yang kesannya lebih perlahan namun lebih selamat kerana ia adalah semulajadi. Manakala Clomid, seperti kebiasaan ubat-ubatan dadah yang lain, mempunyai kesan sampingan namun dikatakan sangat minor, sila google kesan sampingan Clomid.

Jadi kepada yang berusaha untuk hamil, dan mempunyai masalah seperti di atas, anda mungkin boleh mempertimbangkan Clomid (of course, sila rujuk kepada Doktor anda) atau jika anda mahu slow and steady serta semulajadi, bolehlah amalkan ESP dari Shaklee.. Sumber soya terbaik yang dilengkapi dengan 19 asid amino penting yang sangat diperlukan oleh tubuh.





Mulakan pencarian anda dan tentukan sendiri mana yang lebih anda perlukan atau lebih sesuai dengan situasi anda.

**********************************************************************************************************
Penghantaran Shaklee Penang, Selama, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!

No comments: