Friday, October 18, 2013

Usaha Untuk Hamil - 'IUI' Versi Sendiri

SELF INSEMINATION


Ini HA copy paste dari blog Dr Hamid Arshat yang HA fikir sangat berguna untuk pasangan yang ingin hamil. Kosnya sangat rendah dan risikonya juga mungkin sangat minima sebab tu Doc mencadangkan untuk cuba buat sendiri. Oh ya, HA bukanlah pakar dalam hal ini ya, sebarang masalah boleh ajukan terus kepada Doc Hamid Arshat di sini ya.



Jom ikuti kupasan Doc:
Saya akan jelaskan tentang satu kaedah rawatan DIY untuk tingkatkan peluang hamil. Kos jauh lebih murah dari IUI dan peluang hamil hampir sama.

Ikuti link ini tentang 
IUI

Ada beberapa kaedaan yang menghalang kehamilan berlaku akibat dari kegagalan benih suami masuk kedalam rahim.

1. Kegagalan persetubuhan. Jangan terkejut masih ada pasangan yang gagal melakukan persetubuhan walaupun setelah beberapa tahun berkahwin . Bukan tidak ada keinginan atau keghairahan tapi isteri ada phobia atau ketakutan setiap kali mencoba bersetubuh. Ada wanita yang masih dara selepas 6 tahun kahwin.

2. Lemah tenaga batin khususnya pihak suami atau 'mati pucuk' dan tidak bolih melakukan persetubuhan. Tetapi dia masih bolih mengeluarkan air mani secara mastubation.

3. Suami sering mengalami 'premature ejaculation' dan tidak bolih masukkan benih dalam faraj isteri.
Air mani tumpah diluar , dia ejaculate sebelum dapat masukkan zakar kedalam faraj isteri.

4. Suami ada kecacatan semula jadi/congenital pada saluran air dimana muncungnya terbuka dipangkal bukan dihujung batang zakar (hypospadias). Bila dia ejaculate/pancut air mani diluar faraj.

5. Suami terlalu letih dan tidak terdaya melakukan persetubuhan sedang isteri subur (ovulation) .
Tapi bolih keluarkan air mani cara paksaan (mastubation)

6. Benih suami kurang bilangan, kurang pergerakkan dan kurang yang bentuk normal.

Apa bolih dilakukan untuk cuba hamil.?

Saya cadangkan satu kaedah yang digelar 'Self Insemination' - satu cara permanian yang dilakukan olih pasangan suami isteri sendiri tanpa bantuan doktor.

1. Bila datang haid . Makan ubat subur clomid 2 biji setiap malam selama 5 malam berturut2 mulai hari kedua haid bagi mereka yang punya pusingan haid teratur ( 28 - 32 hari)

Jika haid jarang datang sebab PCOS makan Norculut 2 biji, 2 kali sehari - sarapan dan makan malam - selama 10 hari. Haid akan datang 3 - 4 hari lepas habis norculut. Makan clomid 4 biji setiap malam selama 5 malam. Beli clomid dari klinik saya atau farmasi.

2. Ovulation Test kit (5 ujian). Ujian air kencing untuk kesan waktu subur dimulakan pada hari ke10 bagi pusingan haid 28 - 30 hari dan hari ke14 bagi pengidap PCOS. Beli ovulation test kit dari klinik saya atau farmasi.
Buat ujian setiap hari hingga jalur ujian sama warna dengan jalur control (positif) .
Bila positif ujian ovulation , pematangan telor akan berlaku 24 - 48 jam selapas itu - esok atau lusa. Mula self insemination esok.

3. Cara lakukan self insemination (DIY). Beli beberapa 3 cc/ml syringe plastik (disposable sterile). Beli 10 - 20 syringe 3cc simpan untuk kegunaan masa depan.
Jarum tidak perlu digunakan .



Perlu bekas sterile untuk tadah air mani suami yang dikeluarkan secara mastubasi.



Sebaiknya jangan bersetubuh selama 3 hari sebelum insemination.

Setelah dapat air mani suami, biarkan ia cair selama 1-2 jam.
Lepas itu sedut 2-3 cc/ml air mani yang cair kedalam syringe tanpa gunakan jarom. Sedut dari cecair lapisan atas kerana benih2 yang aktif akan berenang2 keatas.

Wanita baring  dan suntikan air mani kedalam faraj dengan masukkan keseluruhan syringe dan tolak plungger. Bolih buat sendiri atau olih suami. Baring selama 2 jam dengan bantal dibawah ponggong. Prosedur tak sakit kerana saiz syringe adalah kecil.  jika pintu faraj sempit pelincir KY jelly bolih digunakan.

Sebaiknya lakukan prosedur ini pada waktu malam selepas solat isha.

Perlu buat 2 kali self insemination untuk setiap pusingan haid. Esoknya lepas ujian positif dan 2 hari kemudiannya.


Peralatan dan ubat2 clomid serta norculut bolih dibeli dari klinik saya atau farmasi terdekat

****************************************************************************
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi : Call/SMS/Whatsapp : 0135014832 Email : adrianida83@gmail.com Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya. Shaklee ID : 926865 (Norshahida) Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!

1 comment:

Anonymous said...

Tima kasih byk2 atas info ni, sgt berguna pd sy,.saya nk cuba cara ni...dh 8 thn kawin & ader mslh yg disebut di atas, plan asal nk wat iui, try cara ni dulu...harap2 menjadi..