Tuesday, April 2, 2013

Demam Kuning, Bila Anda Perlu Risau


Sedikit perkongsian mengenai demam kuning.. Sebenarnya ia adalah perkara semulajadi yang berlaku dan akan beransur dengan sendirinya, selama lebih kurang 14 hari bagi kes normal. Tubuh bayi kelihatan kuning terutama di mata, tapak kaki, dada
dan pipi. Namun ia boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius jika tindakan sewajarnya tidak diambil, terutama 14 hari pertama kelahiran bayi (kenapa 14 hari pertama? rujuk di bawah). Ni bagi bayi yang lahir cukup bulan, yang premature mungkin sedikit berbeza,ia mengambil kira tarikh yang sepatutnya bayi dijadualkan lahir, oleh itu boleh la saya katakan agak normal bagi bayi premature untuk mengalami demam kuning yang lebih lama berbanding bayi lahir cukup bulan. Namun ada juga bayi lahir cukup bulan yang mengalami demam kuning yang lama... Macam anak saya! Eh kenapa pulak ye????

Sebenarnya anak saya mengalami breastmilk jaundice atau jaundis yang disebabkan oleh susu ibu. Breastmilk jaundice tidak lah berbahaya cuma ia mengambil masa yang agak lama untuk sembuh kerana ada enzim dalam susu ibu yang memperlahankan proses pembebasan bilirubin. Namun penyusuan tidak perlu dihentikan. Teruskan seperti biasa. Tapi mungkin juga ada doktor yang akan mencadangkan supaya hentikan penyusuan susu ibu selama beberapa hari, hanya untuk memastikan ia adalah breastmilk jaundice. Jika selama 3 hari menggunakan susu formula dan paras bilirubin turun, ini menandakan ia adalah breastmilk jaundice and nothing to worry. Selepas itu boleh la diteruskan penyusuan susu ibu seperti biasa. Namun penting untuk merujuk doktor yang mesra susu ibu supaya dia boleh menasihatkan yang terbaik untuk anda dan bayi.

Bagi bayi yang mengalami demam kuning yang lama, usah terlalu risau seandainya :
  1. Anda yakin bayi menyusu dengan baik dan anda yakin bayi menghisap dengan betul iaitu memasukkan keseluruhan aereola ke dalam mulutnya. Ini dapat dipastikan apabila bayi membuang (air kecil/besar) setiap hari. Anda juga boleh memastikannya dengan melakukan lawatan ke doktor. Doktor akan menggunakan penimbang khas bayi untuk memantau berat bayi.
  2. Bayi kencing dan berak dengan baik setiap hari. Check diaper untuk memastikan bayi kencing banyak atau tidak. Kalu pakai kain lampin, dalam sehari ditukar purata 6 kali. Kalau pakai disposable diaper susah sikit nak pastikan kerana ada brand yang mempunyai daya serapan yg tinggi, jadi diaper boleh tahan lama. Namun boleh check sama ada berat atau tak. Berat bermakna baby kencing banyak.
  3. Pastikan warna najis bayi adalah kuning, bukan pucat kerana warna najis yang pucat mungkin petanda ada masalah hati, menyebabkan bilirubin (bahan kumuh yang terhasil apabila sel darah merah pecah) tidak dapat disingkirkan dengan sempurna. Ini bahaya.
  4. Tempoh 14 hari pertama kelahiran bayi, pastikan bayi mendapat rawatan lampu uv jika dinasihatkan berbuat demikian oleh bidan yang  melawat. Ini sangat penting bagi mengelakkan paras bilirubin shoot ke tahap yang tinggi, ini boleh mengakibatkan kerosakan pada otak yang boleh membawa kepada kecacatan! Sangat bahaya ok. Dalam tempoh 14 hari pertama ini,otak bayi belum mempunyai barrier yang boleh menghalang kuman sampai ke otak. Jangan takut untuk masuk wad, jangan takut untuk tengok bayi dicucuk, percayalah itu adalah lebih baik dari kesan yg bakal dihadapi jika tak melakukan rawatan.
  5. Pastikan bayi sentiasa aktif.Jangan biarkan dia terus tidur berpanjangan tanpa bangun untuk menyusu, tidur berpanjangan adalah petanda demam kuning yang tinggi. Susukan bayi setiap 2 jam sekali.
Bagi bayi yang mengalami prolong jaundince ini, pemeriksaan darah harus dilakukan bagi memastikan tiada masalah berkaitan hati. Memang seksa melihat darah bayi diambil, tapi apakan daya. Jika ujian darah tiada masalah, anda pastinya berasa sangat lega!

Penulisan ini tidak lain tidak bukan hanyalah berdasarkan pengalaman saya semata2. Diharap ibu2 yang mengalami situasi seperti akan mendapat manfaat dari bacaan ini. Sekurang2 nya kita tahu, bila dan apa yang perlu dirisaukan. Jangan stress ya!

********************************************************************************* 
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :

Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida

COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!

2 comments:

Anonymous said...

Salam...sy sedang mengalami situasi ini..baby prolong jaundice dah har ke31 bacaan kuning naik 15.8 drp bacaan 8 dr sehari ke sehari makin naik...atas cadangan seorg kawan sy cuba bg sedikit madu campur air zamzam..tp bg satu hr berak2 sampai keluar buih...agak kelam kabut...tp pg td check kuning bacaan turun 14...hr ke 33...esok masih lg kena amik drh....

Unknown said...

Wslm... so mcmana keadaan baby hari ni? hope bertambah baik.. kalu air kencing dan stool baby warna kuning, insyaAllah tak ada pape masalah hati.. just kena banyak bersabar..