Kisah Nabi Adam a.s diturunkan ke dunia diceritakan dalam surah al-baqarah ayat 30-38.
Suatu hari Allah berfirman kepada malaikat yang berbunyi, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Lalu malaikat menjawab " Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang membuat bencana dan berbunuh2an padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? Allah menjawab "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak diketahuimu".
Lalu Allah mengajar Nabi Adam dengan segala benda-benda dan gunanya. Kemudian Allah cuba bertanya malaikat pula tentang segala yang telah diajarNya kepada Nabi Adam dengan berfirman " Terangkan kepadaKu nama2 benda ini jika engkau berada dalam golongan yang benar".
Malaikat pun menjawab, " Maha Suci Allah, kami tidak mempunyai apa2 pengetahuan melainkan apa yang telah diajarkanMu kepada kami, sesungguhnya engkau jugalah yg Maha Mengetahu Lagi Bijaksana".
Kemudian Allah pun menyuruh Nabi Adam menerangkan nama benda2 tersebut kepada malaikat. Selesai Nabi Adam menerangkan kepada malaikat, Allah berfirman " TelahKu katakan, Aku mengetahui segala rahsia dia langit dan bumi, Aku juga mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan".
Allah pun menyuruh malaikat tunduk memberi hormat kepada Nabi Adam, lalu tunduklah malaikat melainkan iblis, ia enggan dan takbur, dan jadilah ia golongan yang kafir.
Allah berkata kepada kepada Nabi Adam " Tinggallah kamu dan isterimu dalam syurga, makan lah sepuasnya apa yang kamu kehendaki kecuali pokok ini, jika kamu makan, jadilah kamu golongan yang zalim".
Syaitan kemudiannya berjaya menggelincirkan Nabi Adam dan isteri dari syurga dan menyebabkan mereka berdua dikeluarkan dari syurga. Allah berfirman " Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan kamu semua akan mendapat tempat kediaman di bumi serta kesenangan sehinggalah ke suatu masa iaitu mati".
Allah mengajar Nabi Adam untuk membuat pengakuan bertaubat lalu Nabi Adam bertaubat bersungguh2 dengan penuh kusyuk dan Allah pun menerima taubatnya kerana sifat Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Allah berfirman lagi,"Turunlah kamu semuanya ke dunia, dan jika datang petunjuk dariKu, (yakni Rasul dan kitab) maka ikut lah kamu akan petunjuk itu, sesiapa yang mengikut pasti tiada kebimbangan dan tidak berdukacita baginya.
*********************************************************************************
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!
No comments:
Post a Comment