Wednesday, November 13, 2013

Apakah Makanan Yang Perlu Saya Elakkan Semasa Hamil?

Kehamilan sangat mengujakan terutama bagi pasangan yang baru menimang cahaya mata mahupun yang telah lama menantikan kehadiran zuriat tersayang. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian lantaran kini si ibu turut ditemani bayi di dalam kandungan tak kira apa yang ibu lakukan... tidur, riadah, mahupun ke toilet, ibu dan bayi setia bersama.. so touching kan.. Bertuah jadi ibu, sejak dalam kandungan lagi dah jadi best friend baby.. Sbb tu kaum bapa jangan jelous ye, ini sebabnya anak biasa lebih rapat dengan ibu :-) HA pernah dengar/baca, ini juga sebabnya mengapa baby menangis saat diputuskan tali pusat sewaktu lahir ke dunia. Kerana ini menandakan terputusnya hubungan istimewa yang tercipta semasa dalam rahim ibu.. Huwaaaaa.. so touching!!! Sob sob sob..


Ok stop touching2.. Hari ni HA nak story pasal makanan yang perlu dielakkan ketika hamil. Makanan-makanan ini kebanyakannya mempunyai bakteria yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan.


makanan wanita hamil


Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda boleh memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak. 

Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya. 

Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.

Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol  semasa hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.

Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola tanpa kafein.

Credit


So bakal-bakal ibu, perhatikan apa yang anda makan demi baby yang tersayang ya! Hidup dengan lebih sihat sepanjang 40 minggu nan indah ini..

Risau dengan morning sickness? Klik sini
Vitamin special untuk ibu hamil.. Klik sini

**********************************************************************************************************
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!

No comments: