Salam,
Kali ni sya nak sembang macam mana pulak saya tangani masalah susu merudum. Saya akui memang susu formula pernah masuk ke perut Iman tatkala Iman di NICU (Neonatal Intensive Care Unit). Total hari, 6. Tetapi diselang selikan dengan EBM saya dimana Ayah Iman membawa susu-susu tersebut setiap pagi hari, bila mana EBM seperti tidak cukup, pihak hospital topup dengan susu formula. Purata dalam 14 oz EBM dibekalkan kepada hospital. Serius saya tak tahu yang hospital tu tak berapa Rakan Bayi. Jika di Hospital Sungai Buloh, setiap bayi yang dimasukkan ke NICU akan rooming-in dengan ibu masing-masing supaya susu ibu tetap dapat diberikan secara on-demand. Iman dan saya di Hospital Sg Buloh selama 1 minggu.
Melalut panjang pulak.
Apa yang nak saya sampaikan ialah, perut Iman telah disogok dengan susu yang sangat banyak untuk sekali kenyang. Bayangkan la baru sehari umurnya, susu diberi sebanyak 2 oz! Maka, setelah keluar dari hospital, demand Iman sangat tinggi!. Mungkinlah itu penyebabnya. Bottle feeding mungkin menjadi sebab kenapa anak minum banyak. Untuk menampung keperluan Iman, saya terpaksa menghasilkan sehingga minimum 30 oz sehari! Sebab pernah ada hari yang Iman minum sampai 28 oz! Dan tidak muntah pun. Yelah, kalau muntah, kita tahulah yang dia terlebih minum. Huhuhu..jadi, macam mana saya nak pastikan badan saya hasilkan susu sebanyak tu? Mari saya recall balik.
- Minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter. Saya memang rasa kering sentiasa, jadi memang saya minum dengan sangat banyak. Oh, tentulah ke tandas dengan banyak juga.
- Makan lobak putih. Serius, sepanjang pantang, setiap hidangan saya ada lobak putih. Saya suruh mama masakkan jangan bening (sayur kuah air). Tips memasak lobak putih adalah potong nipis-nips dan masak sehingga lembut. Jika tidak, ia akan berasa pahit dan agak berbau maung.
- Makan halba (Fenugreek). Saya tak lalu untuk merendam halba dalam air suam dan minum airnya. Serius tak lalu. Jadi, saya ambil pil fenugreek je. Hehe. Dasar malas. Tips memakannya pula, ambil 2 @ 3 biji setiap kali sebelum makan. Tetapi ada kawan nasihatkan ambil selepas makan. Sebabnya fenugreek boleh sebabkan pedih perut kalau ambil masa perut kosong, dan ianya merupakan nasihat dari ahli farmasi. So, better follow the expert la kan? Dan air mesti diambil banyak. Kemudian, perhatikan 2, 3 hari. Kalau tiada perubahan, tambahkan dos sebiji lagi. Purata harian ialah 10 biji. Sehingga anda merasakan bau badan anda sama dengan bau fenugreek dari dalam botol tu, maknanya dah cukuplah tu dos nya. Alhamdulillah, selepas makan fenugreek, supply saya menjadi sehingga 40 oz sehari, 8 jam sesi perahan, 2 @ 3 jam selang. Selepas supply susu banyak, boleh berhenti memakannya, dan boleh consume kembali bila susu merudum. Wah…can tailor how much quantity of breastnilk you need with fenugreek. Hehe. Tetapi produk ini tidak boleh diambil pesakit asthma dan angin ye. Boleh dibeli di sini.
- Breast Feeding Trial Set Shaklee. Haa, yang ni bila dah susu banyak makan fenugreek, saya tambahkan pula kualiti susu saya. Jadi lemak berkrim dan disukai Iman. Dengan adanya produk ni pula, instead of 28oz, Iman hanya perlukan 16oz sehari sebab dia jadi terlebih kenyang. Tak perlu susu banyak-banyak. Apa jadi pada supply saya yang banyak-banyak sampai 40 oz sehari tadi?? Hoho..tentulah jadi stok!! Itulah sebabnyak stok susu Iman banyak sekali masa umurnya 4, 5 bulan. Sebab supply is more than demand. Hehe. Alhamdulillah. Boleh baca cerita tentang susu berkualiti saya di sini. Disertakan juga di mana mahu membelinya.
- Doa dan sentiasa berfikiran positif. Ini yang paling penting. Sentiasa ucap alhamdulillah tak kira berapa banyak susu yang keluar. Tipulah kalau tak rasa frust kalau susu keluar sikit. Tetapi ia seolah terapi minda. Alhamdulillah, bila kita amalkan, kita akan rasa berlapang dada. Percayalah.
Sekian sahaja untuk kali ni,
Selamat mencuba,
Mama Iman
No comments:
Post a Comment