Friday, April 12, 2013

Kesan Luar Biasa Vitamin.. Healing Crisis Atau Side Effect?


Seringkali kita berasa kurang senang apabila ada kesan yang timbul setelah kita mengambil sesuatu produk. Suka saya nyatakan di sini, produk Shaklee TIDAK mempunyai kesan sampingan kerana dibuat daripada bahan2 semula jadi, tiada DADAH atau BAHAN PERANGSANG lain.

Jika ada kesan seperti demam, ruam, loya dsb selepas pengambilan produk Shaklee, itu adalah healing crisis di mana badan telah memberi reaksi terhadap vitamin yang kita ambil. Ini adalah petanda yang baik kerana badan kita telah memberi tindak balas dan dalam proses penyembuhan. Teruskan pengambilan vitamin seperti yang disarankan kerana krisis ini hanyalah sementara. Badan sedang membuang toksin berbahaya yang wujud di dalam. Ambil Herb-Lax jika perlu kerana Herb-Lax dapat membantu mengeluarkan toksin dengan lebih efektif. Jangan ambil keputusan untuk menghentikan pengambilan produk, kerana badan DALAM PROSES PENYEMBUHAN, RUGIIIII KALAU HENTIKAN.

Tidak semua orang mengalami krisis penyembuhan ini. Mereka yang biasa melalui fasa penyembuhan ini ialah mereka yang sebelum ini tidak pernah mengambil sebarang vitamin, terlalu penat, terdedah dengan pencemaran, tidak cukup rehat atau terlalu tertekan.

Namun begitu, sila beri perhatian kepada SIAPA yang TIDAK boleh ambil suplemen tertentu di bawah ini. Antara supplement yang tidak boleh diambil bagi peyakit-penyakit berikut:

Hyperthyroid 
– Tidak boleh mengambil Vitalea kerana di dalamnya terdapat IODIN. Pesakit hyperthyroid tidak digalakkan untuk mengambil iodine kerana kandungan iodine di dalam darah sudah tinggi. Kalau ambil iodine, makin tinggi la paras iodine kan??

SLE – Tidak boleh mengambil Alfalfa dan juga VitaleaWalaupun di dalam vitalea hanya terdapat sedikit alfalfa powder, namun tidak disarankan apatah lagi jika anda sedang mengandung. Jika mahu juga mengambil Vitalea, perlu dapatkan konsultasi daripada doktor bertauliah.

G6PD – Tidak boleh mengambil ALFALFA kerana ALFALFA kaya dengan Vitamin K. Bagi anda yang mempunyai masalah ini, set penyusuan yang disarankan adalah EU FOUR PACK PLUS.

Thalasemia – Tidak boleh mengambil Vitalea kerana ianya telah diformulasi dengan IRON. Pesakit thalasemia perlu cut-off pengambilan Iron kerana jika berlebihan boleh memudaratkan diri sehingga perlu melalui proses pemindahan darah.. Jika anda mengandung, sila dapatkan nasihat daripada doktor bertauliah.

Diabetes Stage 3-4 - Tidak sesuai ambil ESP yang tinggi protein tetapi kidney pesakit tidak dapat memproses protein dengan sempurna.

Okay selamat beramal...

No comments: