Ada sesetengah individu yang mengamalkan pengambilan air secara berlebihan pada suatu masa (semasa bersahur) sebagai persiapan untuk berpuasa. Namun, amalan ini akan menyebabkan rasa kurang selesa pada perut akibat terlalu banyak air. Selain itu ada juga yang beranggapan pengambilan air selepas dicampur kopi, teh dan jus buah-buahan sudah mencukupi sebagai bekalan air untuk keperluan badan. Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.
Sebenarnya, badan kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Ini adalah kadar kehilangan air yang normal bagi setiap orang. Bagi yang kuat bersukan dan aktif, kadar kehilangan air dan mineral adalah lebih banyak dan ia perlu diganti segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air). Lebih kurang 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku kekurangan air atau dehidrasi, badan kita mungkin akan mengalami masalah kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.Kekurangan air akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang. Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.
Oleh kerana badan mengalami dehidrasi atau kekurangan air, kita akan kurang berpeluh dan haba tidak keluar dari badan. Dalam keadaan yang lebih serius, ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan boleh menyebabkan demam. Demam akan menyebabkan kita kehilangan air. Semakin tinggi suhu badan, semakin tinggi kadar air yang hilang dari badan. Ini bertambah buruk lagi jika berlaku muntah dan birit birit, iaitu penyumbang kepada kehilangan air. Bukan semua kes kekurangan air atau dehidrasi akan menyebabkan masalah serius. Tetapi bagi atlet sukan, kehilangan dua peratus berat badan akibat kekurangan air boleh mempengaruhi prestasi dan jika kehilangan tiga hingga lima peratus berat badan akibat kekurangan air atau dehidrasi, fokus, refleks dan pertimbangan mereka akan turut terjejas.
Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menggangu proses semulajadi organ penting badan, terutama buah pinggang. Ini kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan). Ini adalah salah satu daripada penyumbang kepada masalah gout terutama sekali di kalangan lelaki.
Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk mengatasi masalah kekurangan air, terutama sekali semasa berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini? Ya, minum air secukupnya selepas berbuka puasa dan semasa bersahur. Bagi mengembalikan semula bahan elektrolit yang hilang, pengambilan Performance Drink daripada Shaklee dapat membantu. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietary dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum. Ujian makmal terhadap atlet sukan dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul) dan memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina. Semua ini dapat membantu kita supaya dapat terus bertenaga dalam menjalani ibadah puasa.
Jadi, sebelum berlaku masalah kesihatan yang tidak diingini, mulakanlah amalan yang baik untuk kesihatan diri anda. Mudah sahaja, cuma minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan tambahkan Performance Drink dari Shaklee dalam minuman anda. Hanya 3 sudu sehari dalam minuman anda untuk kekal sihat bertenaga. Jadi, apalagi yang nak ditunggu? Jangan berlengah lagi untuk melakukan ‘Kebajikan Untuk Diri Sendiri!’
Untuk pesanan/pertanyaan produk, sila hubungi kami :
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!
No comments:
Post a Comment