Tip motivasi: Adakalanya kita tidak mendapat sokongan daripada mereka yang kita perlukan, mungkin keluarga ataupun kawan baik. Fahami bahawa, untuk berjaya, sokongan tidak diperlukan. ia boleh membantu, tetapi tidak semestinya ada. Sokongan yang paling penting adalah sokongan yang datang dalam diri kita sendiri untuk berjaya! (Bila kita berjaya, pastinya mereka akan mula sokong!
Tip motivasi: Orang jepun mempunyai istilah berbunyi “Kaizen”. Bererti “berubah ke arah kebaikan”. Hebat kan orang jepun? Tetapi konsep Kaizen sebenarnya telah muncul zaman Rasulullah lagi. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. -
Tip motivasi: perniagaan yang terbaik adalah perniagaan berdasarkan minat. kalau minat masak, jana duit dgn masakan (jual resepi). kalau minat photography, buat duit dgn ambik gambar (jadi photographer). kalau minat main game, dapat duit dgn main game (buat game walk-through). cari sesuatu yang kita benar2 minat, dan ubah jadi perniagaan. do what you love, and the money will come ;)
Tip motivasi: hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok? ;)
Tip motivasi: sekiranya kita ada idea, tetapi orang-orang lain tidak nampak kehebatan idea tersebut, bukan bermakna idea kita tu tak bagus. cuma, orang tak nampak apa yang kita nampak. yakin dengan diri sendiri, percaya dengan diri kita terlebih dahulu sebelum percaya orang lain. kejayaan cemerlang seringkali bermula dengan idea yang orang lain tak nampak
Tip motivasi: kalau kita ambil risiko dan lakukan sesuatu baru, sekurang-kurangnya 50-50 boleh berjaya atau gagal di situ. kalau kita tak mahu ambil risiko dan tak mencuba langsung sesuatu baru, ertinya kita sudah gagal 100% dalam perkara tersebut. ianya merupakan satu risiko untuk TIDAK mengambil sebarang risiko.
Tip motivasi: Punca utama seseorang itu tidak mencapai kejayaan hebat adalah "Takut pada kegagalan". Bukannya "Gagal". Sebab kalau "Gagal", akan memberi kita pengajaran so no worries. But kalau "Takut pada kegagalan" bererti kita tidak mahu ambil langkah pertama pun! So, itu adalah penghalang utama sesuatu kejayaan.
Tip motivasi: orang yang fikir mereka biasa-bisa, akan dapat hasil yang biasa-biasa. orang yang tanamkan dalam fikiran mereka hebat, akan capai hasil yang hebat. bagi mereka yang percayakan mereka luar biasa hebat, pastinya akan dapat hasil luar biasa hebat! Kejayaan bermula dalam minda. Fikirkan anda hebat ;)
Sejak saya mulakan perniagaan sehingga kini, tidak pernah pinjam duit bank atau bantuan kerajaan/grant dan sebagainya. mulakan perniagaan kecil-kecilan (modal awal RM500 je)... bila dapat untung, baru besarkan perniagaan sedikit demi sedikit. Jangan jadikan tiada modal sebagai alasan... HP, Cadbury, Body Shop, KFC, dan banyak lagi perniagaan lain bermula kecil dari awal...
Jangan layan suara2 negatif di keliling kita yang hanya akan membuat kita lemah...
Jangan nak buat benda yang mudah sahaja. Kalau nak hidup senang, kita kena buat perkara yang susah ;) get out of your comfort zone! Jangan biarkan 'takut' hentikan cita-cita anda.
Hadis rezeki | Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” [Riwayat Ibn an-Najjar]
Jika orang lain tidak berjaya, jangan beri mereka peluang untuk melemahkan semangat anda untuk berjaya! Hentikan alasan. Alasan membawa kegagalan! Usaha dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kegagalan itu mustahil!
-Irfan Khairi
Berminat menjadi bos kepada diri sendiri? Hubungi kami :
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!
No comments:
Post a Comment