Kesukaran Hamil? Jom baca beberapa ujian yang biasa dijalankan untuk mengenal pasti masalah kesuburan.
Kebanyakkan pasangan akan disarankan menjalani ujian ini:
Hysterosalpingogram (HSG)
----------------------------------
Ujian ini adalah ujian x-ray dan merupakan cara untuk mengetahui samada salur peranakan tersumbat atau tidak. Pesakit berbaring (dalam keadaan seperti mana ujian pap smear dilakukan) dan sejenis alat yang bernama spekulum akan dimasukan kedalam faraj, kemudian, satu ubat cecair (dye) akan disuntik kedalam rahim. Dalam masa yang sama beberapa siri x-ray akan diambil untuk melihat keadaan (outline) dalam rahim dan menganalisa samada salur fallopia tersumbat atau tidak. Sekiranya normal, cecair tersebut akan kelihatan berada diluar rahim menunjukan bahawa saluran tidak tersumbat.
Hari ke 3 LH/FSH
---------------------
Ujian darah ini dilakukan untuk menaksir samada terdapat telur yang cukup tersimpan didalam ovari dan untuk memastikan bahawa tiada ketidakseimbangan hormon. Ia diambil pada hari ke 2 atau ke 3. Hormon LH/FSH adalah hormon penting yang bertanggungjawap terhadap pembentukkan telur didalam rahim. Tahap yang tinggi ada pada mereka yang mengalami PCOS, punca utama mengapa wanita tidak bertelur.
Ujian Progesterone
------------------------
Untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Selalu diambil hari ke 21 sekiranya kitaran haid wanita ialah 28 hari. Sekiranya ovulasi tidak dapat dikesan melalui ujian ini, Ujian ini akan diulang beberapa hari kemudiannya. Tahap 30 nmol/l atau lebih menunjukkan anda mengalami ovulasi.
Analisa Air Mani
------------------
Ujian ini perlu untuk memastikan samada sperma dalam keadaan normal dan cukup. Penting untuk tidak melakukan sebarang hubungan seks 3-5 hari sebelum ujian dijalankan.
Ujian Ultra-bunyi Pelvis
----------------------------
Untuk melihat samada rahim dan ovari kelihatan normal atau tidak. Ia akan menjadi lebih tepat sekiranya TVS atau scanner melalui faraj dilakukan.
Ujian Laparoscopi
----------------------
Jika terdapat sakit yang ketara semasa hubungan seks, doktor selalunya kan menyarankan ujian laparoscopy. Prosedur ini akan dibuat dalam keadan bius keseluruhan dan pesakit tidak sedar, dimana doktor akan membuat sedikit lubang pada bahagian pusat dan satu alat teleskop yang berkamera akan dimasukkan kedalam abdomen. Doktor kemudian akan memeriksa sebarang tanda endometriosis atau penyakit lain dan akan menyuntik sejenis cecair kedalam rahim untuk mengetahui samada salur fallopia tersumbat atau tidak.
Hysteroscopi
----------------
Jika HSG menunjukan terdapat ketidaknormalan didalam rahim, wanita mungkin disarankan untuk menjalani ujian hysteroscopy.Hysteroscopy adalah satu prosedur dimana satu alat kecil yang bersambung dengan camera akan dimasukkan kedalam rahim dan keadaan dalam rahim boleh dilihat dengan jelas. Ia boleh mengesan sebarang polip, fibroid dan dan ketumbuhan lain.
Ujian darah untuk prolaktin dan tiroid
---------------------------------------------
Sekiranya ada mengalami haid yang sangat tidak teratur atau tiada haid langsung, anda mungkin mempunyai masalah tiroid yang hiperaktif atau prolaktin yang berlebihan. Ujian darah dengan senang dapat mengesan penyakit ini.
Credit to : portal alam hamil
**********************************************************************************
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi : Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!
No comments:
Post a Comment