Jauh di sudut hati, ramai yang ingin berbisnes. Namun ramai yang hanya membiarkan keinginan itu terkubur lantaran takut akan kegagalan. Lebih-lagi apabila melihat rakan-rakan terdekat tersungkur dalam perniagaan. Tersungkurnya menjadikan kehidupan lebih teruk dari sebelum berbisnes.
Ramai yang tidak sedar akan hakikat Allah adalah 'bos' kita yang sebenar. Tak kira apa sekalipun yang kita lakukan, bisnes, makan gaji, kerja swasta dan sebagainya.. Bos kita tetap Allah. Ramai yang kecundang kerana tidak tahu siapa bos yang sebenar.Kerana itu di dalam Shaklee, kami diajar untuk mendekati 'Bos' yang sebenar. Rahsia kejayaan kami adalah kerana kami sentiasa mendekati 'Bos'. Hari-hari kami hantar notification pada 'Bos' kami. Ha bukan Facebook aje yang boleh hantar notification pada penggunanya, kita juga boleh hantar notification pada 'Bos' sebenar kita. Dan alhamdulillah 'Bos' tak pernah menghampakan kami!
Kalau anda mahu mengetahui bagaimana cara kami lakukannya, hubungi HA untuk HA bongkarkan rahsianya. Anda akan di guide bagaimana nak mendekati Bos, apa yang anda perlu lakukan untuk menghantar notification pada Bos, dan banyak lagi yang bakal HA kongsikan. Dunia dapat, akhirat pun dapat!
Ok hari ni HA nak kongsikan few tips dari Prof Dr Muhaya yang HA rasakan sangat bagus untuk diaplikasikan oleh semua orang sekiranya mahu berjaya tak kira walau dalam apa lapangan sekalipun. Jom layan!
Tips Prof Dr Muhaya:
1) Kesihatan, keselamatan & rezeki akan terpelihara apabila kita mendekati Allah.
2) Apabila kita tertekan atau stress, bermakna kita berjauhan daripada Allah & banyak dosa.
3) Buang perkataan negatif dalam sebutan harian, & gantikan dengan kesyukuran kepada-NYA.
4) Perkara yang tidak perlu disebut setiap hari adalah "saya tidak sihat & saya tidak larat/penat".
5) Apabila kita menyebut perkataan 'penat' kita telah menghantar mesej kepada hati, maka jiwa & seluruh tubuh fisiologi akan menjadi lemah.
6) Kita perlu menjaga kata-kata kita, sama ada kata-kata yang keluar dari percakapan kita, kata-kata yang berlegar-legar dalam pemikiran kita, atau kata-kata yang berbisik-bisik di hati kita.
7) Pilihlah perkataan yang positif sahaja dalam percakapan, pemikiran & bicara hati kita, kerana kata-kata itu doa & Allah bertindak berdasarkan apa yang ada dalam fikiran kita.
Pilihan yang utama dalam hidup kita adalah keyakinan kepada Allah.
9) Jika hati tak tenang, bersihkan hati dengan melihat & menilai diri, bertaubat & berniat untuk berubah & istiqamah melakukan perubahan pada diri, bukan cuba menyalahkan orang lain.
10) Penuhi hati dengan zikrullah, banyakkan bersedekah, jaga kualiti solat & jaga semua kualiti ibadah.
11) Ubah cara kita memandang sesuatu kejadian, jika kecelakaan yang datang, terima sebagai satu ujian daripada Allah & redha.
12) Jika kesenangan yang datang terima sebagai satu rahmat daripada Allah dan bersyukur.
13) Dengan sifat ketakwaan & keyakinan yang tinggi kepada Allah, kita tidak akan berasa diri hebat dimata manusia.
14) Salah satu cara Allah memberi kebaikan kepada seseorang adalah apabila diri melihat kesilapan diri & melihat kebaikan orang lain.
15) Mohonlah daripada Allah agar diberikan taufik, hidayah dan hikmah dalam hidup. Jom jaga diri, akidah, ibadah & akhlak.
Sumber: Mingguan Malaysia, 27 Oktober 2013.
**********************************************************************************************************
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!
No comments:
Post a Comment