Alhamdulillah akhirnya dapat juga bersandar di sofa selepas berkejaran ke pejabat pos dan menyambut customers datang rumah serta online coaching bersama bisnes partners tersayang.
Syukur. Penat tapi puas ---> SHAKLEE!
Hari ni nak share petua nak hilangkan bau durian dalam kereta, petua dari abah tersayang. HA yakin ramai yang kadang2 tak sanggup nak bawak masuk durian naik kereta kan, nak2 pula kereta baru. Hehehe. Yela, bau durian ni bukan senang nak hilang, mau nak dekat seminggu baru hilang baunya, tupun masih terbau2 juga kadang2 kan.. Malah ada yang sanggup bungkus buah durian dalam guni tebal, letak kat atas kereta bahagian luar semata-mata taknak bagi bau dalam kereta, tak takut ke durian tu jatuh tergolek atas jalan. Haha. Tu belum kira orang yang tak boleh tahan bau durian, lagi haru!
Ok petuanya mudah aje, ambil sekeping roti gardenia, letak dalam kereta. Biarkan aje dalam kereta, sekejap je bau durian hilang diserap roti tersebut. Ia sangat berkesan, cubalah!
**********************************************************************************************************
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!
No comments:
Post a Comment