Thursday, November 21, 2013

Sperma Tidak Sihat?

Terima kasih banyak untuk customer yang menelefon HA tadi. Sebabnya beliau dah menyumbang idea apa yang HA nak tulis petang ini. Tentang kesuburan lelaki. Jom kita layan 3 suplemen yang menyumbang kepadan kesuburan lelaki ini. 
Kadangkala kita orang perempuan berasa pelik, walaupun period kita teratur, ovulasi berlaku tetapi masih sukar untuk hamil. Ini kerana untuk hamil perlukan bukan sahaja ovum yang sihat, malah sperma juga perlu sihat. Apabila kedua-dua sihat ini bertemu, maka barulah berlakunya persenyawaan. Oleh itu sangat penting untuk kita melakukan ujian kesuburan untuk menentukan masalah yang sebenar. Ujian kesuburan lelaki yang lebih mudah untuk dilakukan berbanding ujian kesuburan wanita yang memerlukan banyak prosedur termasuk pembedahan. 
Hari ni HA hanya akan fokus pada kesuburan lelaki. Ujian paling penting untuk menentukan kesuburan lelaki ialah mengetahui kuantiti dan kualiti sperma. Lelaki hanya perlu menyediakan sampel dan menghantar sampel tersebut ke makmal untuk diuji bilangan dan pergerakannya. Malah di negara-negara maju, ujian ini boleh dilakukan sendiri, mereka hanya perlu membeli kit ala-ala UPT tu dan uji kepada sampel air mani lelaki.. Tapi kat Malaysia HA rasa kit kesuburan sperma ini masih tiada dijual.
Ok, bagi yang mengalami masalah kualiti dan kuantiti sperma, sangat digalakkan untuk mencuba 3 jenis suplemen Shaklee yang boleh membantu memperbaiki kesihatan sperma.
credit to wanie vita shop for nice pic

Vitamin E
Popular sebagai “vitamin cinta” yang membantu untuk membangkitkan perasaan cinta dan keinginan untuk bercinta bagi isteri mahupun suami. Ia amat terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat bagi meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan juga wanita.
10mg selenium semulajadi yang terkandung didalamnya membantu dalam penyerapan vitamin E. Diketahui bahawa sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani maka kandungan selenium yang cukup dapat membantu hubungan seksual bagi pasangan.
Ia turut membantu menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku dan membentuk sel-sel baru (termasuk RNA & DNA).
Zinc complex
Zink merupakan zat yang sangat penting bagi meningkatkan kesihatan lelaki melalui proses pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta membekalkan tenaga untuk spermaagar lebih aktif menuju ke ovum.
Zink amat berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid) dan membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma abnormal dan penyakit prostat.
Zink juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
CoQ Health Plus
CoQ10 adalah koenzim yang banyak terdapat di dalam semua sel terutama mitokondria iaitu generator tenaga sel. Bagaimana ianya memainkan peranan dalam kesuburan lelaki?
Coq Health amat membantu meningkatkan kualiti sperma. Sperma yang tidak berkualiti boleh menyukarkan pasangan untuk hamil. Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam “The Journal Of Urology”,  didapati mobiliti dan jumlah sperma lelaki yang mengambil supplemen Coq 10 selama 6 bulan akan meningkat. Ini juga termasuk penghasilan cecair semen.
Semoga penulisan ini serba sedikit membantu mereka yang sedang mengalami masalah kesihatan sperma. Hubungi HA untuk dapatkannya pada harga yang istimewa.
**********************************************************************************************************
Penghantaran Shaklee Penang, Selama, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi : Call/SMS/Whatsapp : 0135014832 Email : adrianida83@gmail.com Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya. Shaklee ID : 926865 (Norshahida) Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!

No comments: