Wednesday, December 18, 2013

Mengandung Tapi Tiada Janin?

Ilmu untuk dikongsi.

Apa itu keguguran yang disebabkan blighted ovum?

Blighted ovum adalah kehamilan tanpa janin. Apabila diimbas, hanya karung yang kelihatan tanpa degupan jantung bayi/janin.

Ia disebabkan oleh kerosakan pada kromosom semasa proses persenyawaan lagi. Oleh kerana kerosakan ini berlaku di peringkat sel, maka tak banyak yang dapat dilakukan dan keguguran blighted ovum ini tidak dapat dielakkan.

Seseorang wanita tidak akan menyedari hal ini selagi imbasan tidak dilakukan kerana wanita tersebut mengalami perkara yang sama dengan wanita hamil yang normal, muntah, loya, karung membesar, malah ujian UPT juga positif kerana embrio yang menempel di dinding rahim akan membentuk karung dan plasenta namun gagal membentuk janin.

Kebiasaannya keguguran blighted ovum akan terjadi secara semulajadi namun awas, jangan terlalu awal mentafsir kes blighted ovum kerana pendekatan tunggu dan lihat kadangkala berjaya menemukan janin dan degupan jantung pada akhirnya! Ini sebenarnya bukanlah blighted ovum tapi disebabkan janin masih baru maka tidak kelihatan sewaktu imbasan.

Baca lebih lanjut di sini :
http://drzubaidi.com/blog/?p=3635

No comments: