Senyum tak perlu kata apa2.
Nampaknya ramai sangat yang meroyan nak boikot Shaklee. Pantang nampak. Kalau lah ada title Shaklee Tidak Pernah Sokong Israel, seboleh2nya puak meroyan ini nak ambil perkataan Shaklee Sokong Israel tu sahaja. Perkataan Tidak tu buat2 tak nampak sudah. Punya meroyan.
Habis dikoreknya identiti orang2 di dalam Shaklee. Dah tu kenapa? Kalau bangsa Yahudi dah tentulah dia akan menyalurkan wang untuk kebajikan agama dan bangsanya manakala kita yang beragama Islam dah tentulah akan menyalurkan wang kepada agama dan bangsa kita pula. Fair and square right? So apa masalahnya? Tak lain tak bukan sebab meroyan la.
Nak boikot biar cerdik. Shaklee telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi yang syarikat tidak pernah terlibat dengan aktiviti keganasan Israel. Dan kami ahli Shaklee berpegang teguh pada kenyataan rasmi dari syarikat. Bukan berpandukan blog2 persendirian mahupun kenyataan individu ber'title'.
Sudah2 la tu. Buangkan sifat busuk dengki dan iri hati tu. Hati yang baik sentiasa mencari kebaikan. Hati yang jahat memang sering berusaha mencari keburukan. Maaf andai terkasar bahasa dan ada yang terasa. Penulisan ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Sekadar membetulkan keadaan.
Islam menghormati kebebasan beragama. Untukmu agamamu, untukku agamaku. Kalau tak ingat ayat ni, cuba buka Al Quran.
No comments:
Post a Comment