Post ini telah ditulis dalam bulan Syawal yang lalu. Namun atas kesilapan teknikal hanya sempat disiarkan pada hari ini.
Assalamualaikum. Walaupun hari ni dah masuk berbelas hari raya namun masih sempat lagi kan untuk kami mengucapkan selamat hari raya kepada semua pelanggan kami dan semua pembaca blog kami.
Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Maaf atas segala kekurangan yang ada sepanjang kami menjadi Shaklee Independent Distributor ini. Dan terima kasih kerana sudi membaca blog kami yang tidak seberapa ini.
Untuk pengetahuan semua, HA meraikan 1 Syawal tahun ini dalam keadaan yang masih berpantang anak kedua dan alhamdulillah semalam berakhirlah sudah tempoh berpantang HA. Dan tentunya hari raya tahun ini sangat bermakna buat kami kerana terdapat orang baru dalam keluarga kami.
Terima kasih kepada customers yang sentiasa memahami dan sanggup datang ke rumah HA untuk mengambil bekalan/ stok Shaklee.
InsyaAllah HA akan kembali beraksi seperti biasa selepas ini. Hehe.
SALAM AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.
No comments:
Post a Comment