Baru2 ni abg Harith dan adiknya Icha demam. Memang risau dibuatnya. Mereka jarang sakit. Rasanya sebab susu ibu kaya dengan antibodi. Dan mungkin sebab mereka hanya duduk dengan mama di rumah. Yela mama tak kerja kan.. so kuranglah sikit sakit akibat jangkitan rakan sebaya tu kan..
Tapi bila sesekali sakit memang kami bimbang tak boleh nak cakap la kan. Especially abang Harith. Kalau demam panas je badan. Memang hari tu abang Harith yang paling teruk demam batuk dan selsemanya. Adik Icha mujur hanya demam semalaman.
Saya memang lebih suka menangani demam mereka dengan cara alami terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor dan ambil ubat. Kalau dah surrender baru saya akan cepat2 bawa mereka ke doktor. Oopps tapi saya bukan anti doktor ya. Cuma saya tak cepat gelabah bila anak2 sakit dan saya sedar bila saya mesti bawa anak2 berjumpa doktor.
Peningkatan suhu yang terjadi ketika demam adalah disebabkan oleh badan yang sedang fight dengan kuman2 yang menyerang. Jika diambil dari sudut positif, demam bagus kerana proses ini akan menguatkan antibodi badan. Namun demam anak harus sentiasa dipantau. Jangan biarkan suhunya terlalu tinggi. Dikhuatiri jika ada infection ia boleh effect kepada otak anak2.
Jadi bila anak sakit pastikan anak dimandikan kerap sedikit. Waktu tidur malam, mereka harus sentiasa dipantau. Lap2 kan badan mereka dengan air untuk mengawal suhu badan. Saya suka lapikkan kepala abang Harith dengan bantal sejuk yang saya beli dari Guardian. Dan saya akan pakaikan mereka dengan stokin bawang putih. Bawang putih terkenal dengan kemampuannya untuk membuang toksin2 dalam badan. Dan bila anak selsema bawang putih dapat membantu mengeringkan selsema kerana ia bersifat panas. Cara nak buat garlic socks ini sangat mudah. Hanya ambil 2 ulas bawang putih dan hiris2. Untuk baby pakaikan stokin yang ada lubang2 terlebih dahulu. Kemudian barulah isi hirisan bawang putih tadi ke dalam stokin biasa sebelum disarungkan ke kaki baby. Tujuan menggunakan stokin lubang2 ialah supaya tapak kaki baby tidak kemerahan akibat kepanasan bawang putih tadi. Untuk anak yang lebih besar boleh terus dipakaikan stokin yang telah diisi dengan hirisan bawang putih. Namun lebih elok jika dilapik juga sebab hari tu abg Harith buka stokinnya waktu tidur sebab panas katanya. Hihihi.
Dari segi pemakanan pula.. Untuk baby susukan mereka sekerap mungkin. Kerana susu ibu kaya dengan antibodi. Susu ibu juga tinggi kandungan air. Jadi baby akan sentiasa terhidrat. Saya pula selaku ibu menyusu akan lebihkan sikit pengambilan air dan vitamin C saya ketika adik Icha tak sihat. Saya akan ambil 2 biji Sustained Release Vita C 500mg Shaklee setiap hari. Kerana Vitamin C dapat meningkatkan imuniti badan. Bila badan kuat insyaAllah cepat la sembuh dari sakit2 tu.
Untuk anak yang lebih besar iaitu abang Harith memang susah sikit. Bila demam hilang habis selera makan. Nak paksa pun tak boleh sebab kita kalau demam pun memang tak lalu makan kan. Tapi syukur saya ada Meal Shakes untuk abang Harith. Dia memang tak lalu makan tapi dia masih ok untuk minum. Meal Shakes adalah hidangan segera yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan abang Harith. Saya hanya bancuhkan Meal Shakes dengan segelas susu dan tadaaaaaa... tak perlu risau lagi. Abang Harith dah dapat khasiat yang sama macam makan sepinggan nasi, lauk dan sayur. Memang berguna Meal Shakes ini di saat2 kecemasan. Bila badan dapat khasiat secukupnya, proses penyembuhan pun akan lebih cepat. Badan akan lebih kuat nak lawan dengan kuman2 tu. Sebenarnya kalau anak sakit dan tak selera makan, kita tak boleh biarkan sahaja. Saat sakit pemakanan harus dijaga 2 kali ganda lebih baik!
Selebihnya saya akan pantau sebarang ketidaknormalan pada mereka dan pastikan mereka sentiasa aktif. Sebarang rasa curiga cepat2 jumpa doktor. Baby Icha saya akan pastikan dia kerap menyusu. Abang Harith saya cuba sibukkan dia dengan aktiviti yang bole melupakan dia kepada sakitnya. Kalau semua nampak normal insyaAllah mereka akan baik2 aje dengan pengawasan di rumah. Jika ada rasa tidak sedap hati cepat2 jumpa doktor. Naluri seorang ibu besar ertinya;-)
Alhamdulillah saat post ini ditulis both of them are well. Syukur.
Ini sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Semoga ada yang mendapat manfaat darinya.
Sms.whatsapp.telegram 0135014832.
Saya pengedar sah Shaklee anda di Pulau Pinang.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.
Peace yo!!!
No comments:
Post a Comment