Lagi 2 bulan nak berpuasa. Pasti ramai wanita yang kelam kabut nak ganti puasa last2 minit macam ni kan. Untungla siapa yang dah ganti sejak awal2 lagi. Tak payah pening2 kepala dah.
Saya tak terkecuali dalam hal ini. Lebih best sebab kena ganti sampai sebulan. Diulangi sebulan. Tahun lepas adik Marissa lahir lagi 3 hari nak puasa. So faham2 jela. Masa dalam pantang memang pasang niat nak ganti awal2, nak slow and steady, taknak last minit. Sudahnya begini juga jadinya huhu. Bukan salah siapa2 tapi salah diri sendiri yang tak cukup kuat.
Setelah beberapa hari menjalani ibadah puasa ni, saya rasa sangat bertenaga sampai ke petang. Alhamdulillah masih boleh menguruskan rumah tangga seperti biasa, jaga papa, adik baby & abangnya, memasak, kemas rumah, dan menyusu seperti biasa. Rasa rugi pula kalau tak share tips yang saya amalkan. Semoga dapat membantu ibu2 di luar sana menjalani ibadah puasa dengan yakin dan bergaya.
Sebaik bangun dari tidur untuk bersahur, segelas air kosong wajib untuk membasahkan tekak yang kering bagi menggantikan semula air dalam badan yang mungkin kekurangan apatah lagi setelah countless night feeding dengan baby Marissa. Kemudian masuk bilik air untuk membersihkan diri secara ringkas dan ready untuk bersahur. Sahur saya sangat simple tapi sungguh berkesan macam bateri energizer. Hehe. Segelas susu segar yang dicampur dengan 2 sudu ESP dan 1 sudu Meal Shakes bersama 7 biji kurma. Setelah selesai makan kurma dan susu, saya akan akhiri dengan satu gelas Performance Drink bagi menjaga keseimbangan bendalir dalam badan. Tak lupa telan Vitalea dan Vita C untuk melengkapkan keperluan multivitamin dan mineral serta meningkatkan antibodi badan. Dah selesai sahur saya yang simple tapi sangat istimewa dan bermakna ini.
Berbuka nanti saya akan berbuka seperti biasa. Makan apa2 sahaja yang nak makan. Dan sekali lagi segelas PD akan diambil untuk menjaga keseimbangan badan. Dan saya akan amalkan minum banyak air putih bila2 sahaja saya ada kesempatan.
Itu sahaja tipsnya. Sahur saya memang nampak sangat ringkas tapi saya lebih bertenaga berbanding mengambil nasi dan lauk sewaktu sahur. Lagipun kerapkali juga saya tak berkesempatan untuk makan nasi dengan bersungguh kerana bila saya bangun adik baby Marissa pun akan bangun. So segelas susu penuh khasiat bersama 7 biji kurma paling match dengan keadaan saya - nak bersahur tapi nak cepat dan bertahan sampai ke petang. Syukur kerana semua berjalan lancar.
Dan setiap malam sebelum tidur saya rasa dah tak sabar untuk bangun sahur esok. Inilah rahsia saya ;-)
Sms.whatsapp 0135014832
-Your SID-
No comments:
Post a Comment