Thursday, May 21, 2015

Penatnya Bila Tak Bangun Sahur

Yerp. Hari Isnin hari tu terlepas bersahur. Biasanya saya akan skip puasa jika tidak bersahur. Saya WAHM dan menyusukan my 11mo baby Icha. So jika tidak bersahur saya akan skip ganti puasa hari tersebut. Sebab saya tak yakin, baby kerap menyusu, takut kering pula saya nanti.

Tapi memandangkan sekarang dah masuk bulan Syaban, saya takut kiranya saya tak sempat qada puasa saya. So saya kuatkan semangat dan yakinkan diri untuk meneruskan puasa. Saya juga teringin nak tahu apa rasanya jika saya berpuasa tanpa bersahur.

Pukul 10am suami bertanya khabar dari office. Cuba memujuk jika tidak mampu usah diteruskan. Saya buat perkiraan dan sangat gusar sekiranya saya tak sempat qada tahun ni. Jadi saya decide untuk teruskan juga.

Menjelang tengah hari saya masih ok. Suami dah pesan supaya hanya berehat dan jangan buat apa2 kerja rumah. Lepas zohor masuk bilik dan tidurkan anak2 katanya. So saya boleh rehat banyak2. Saya turutkan sahaja, kerana saya juga khuatir apa rasanya menjelang petang.

Lepas zohor lesunya semakin terasa. Baby menyusu tak kira waktu. Jika dia nak saya harus beri. Mujur baby tidur agak lama petang itu. Abg Harith dah besar, tak ada masalah sangat. Hanya melayan cakap2nya, itu pun berulang kali saya fahamkan dia yang saya puasa hari ini dan agak letih, tak boleh cakap banyak2.. Dia angguk faham walaupun tak lama selepas itu soalan2 lain pula bertandang. Heheh.

Saya hanya berbaring di atas katil selepas zohor dan bangun ketika solat asar. Sewaktu berdiri untuk solat, badan rasa menggigil. Nak bangun ambik wudhu tadi pun sudah rasa tak berdaya. Begitu lemah rasanya. Selepas asar saya kembali berbaring dan hanya menunggu suami pulang untuk menguruskan anak2. Puasa petang itu saya banyak menghabiskan masa di atas katil sahaja. Selepas suami pulang dari kerja dan menjaga anak2 saya sempat terlelap lagi. Begitulah letihnya saya, lembik dan lesu.

Sungguh berbeza jika saya berpuasa dengan bersahurkan Shaklee seperti hari2 sebelumnya. Sepanjang bersahurkan Shaklee saya kuat dan bertenaga sehingga waktu berbuka. Bersahur dengan Shaklee tidak memakan masa yang banyak. 15 minit sudah lebih dari cukup. Ia sangat membantu bf mommy seperti saya, kerana alarm saya, baby Icha bila2 sahaja boleh berbunyi meminta disusukan. Hehe.

Ketika itu terasa benar betapa bertuah saya mengenali Shaklee. Sahur saya sangat ringkas, tapi mampu memberikan saya tenaga berpanjangan. Semoga Allah bantu saya untuk bangun sahur sepanjang berpuasa. Jika ditanya dan diberi pilihan, saya tak mahu lagi berpuasa tanpa bersahur. Bantulah hambaMu ini ya Allah, kejutkanlah daku untuk bersahur. Tq Allah, tq to Shaklee juga kerana menghasilkan produk yang sangat bermutu sehingga memberi manfaat besar kepada penggunanya.

Saya boleh dihubungi melalui whatsapp/sms di 0135014832. Saya happy untuk membantu anda berpuasa dengan yakin bertenaga bersama Shaklee.

No comments: