Monday, April 1, 2013

Waktu Mengandung Waktu Untuk Melakukan Persediaan






Alhamdulillah.. rezeki mengandungkan anak pertama pada tahun 2009 digunakan sebaiknya untuk mempelajari ilmu2 mengandung, bersalin, menyusu dan tak lupa ilmu keibubapaan. Syukur dengan kemudahan internet, semuanya di hujung jari. Forum susuibu dan ratuhati menjadi teman setia, tak lupa online shopping ok.. Hehehe.
Tak terkira rasanya banyak info yang saya dapat melalui pembacaan. Terima kasih tak terhingga kepada forumer/blogger yang sudi berkongsi ilmu. Walaupun kita tidak saling mengenali, tapi insyaAllah, ilmu tetap ilmu dan dibawa ke mati..Melalui pembacaan saya menyediakan diri sepenuhnya untuk menghadapi kelahiran anak pertama. Allah Maha Besar, Dia memberikan tempoh 9 bulan untuk kita bersedia. Gunakanlah sebaik mungkin.
Berikut antara perkara yang saya berikan 100% perhatian semasa mengandung :
  1. Menghadapi proses bersalin
  2. Penyusuan yang berjaya
  3. Menghadapi tempoh berpantang
  4. Mengaplikasikan pemakaian cloth diaper kepada baby
Alhamdulillah hari ini saya sedar saya telah berjaya mengharungi. Syukur saya berjaya menyusukan anak saya secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskannya selama hampir 3 tahun (as to date). Tak tau bila dia nak stop. Heheh. Tapi dah kurang sangat dia menyusu sekarang ni. Malam2 sebelum tido aje. Tak apalah saya pun tak sanggup nak memaksa dia bercerai susu. Biarlah berpisah susu atas kerelaan dia sendiri... 
Saya juga berjaya memakaikan anak saya dengan lampin mesra alam. Saya puas hati dengan pemakaian CD. menjimatkan dan tiada bau busuk dalam rumah saya. Saya sangat kurang senang dengan bau disposable diaper yg ada poop dalam tong sampah. Bila buka tong sampah mak aih baunya..hurmmm.. Tapi ada org cakap leceh la pakai cd, nak kena basuh. Nak2 bila poo poo! Tapi saya yakin berbaloi semua tu. Mengapa????  Saya telah berjaya melatih anak tidak memakai diaper ketika berumur 2 tahun++ dalam masa 2 hari sahaja! Syukur alhamdulillah..
Proses bersalin dan berpantang saya juga berjalan lancar. Saya mengamalkan Set Berpantang Shaklee di akhir tempoh mengandung dan meneruskannya sehingga beberapa bulan bersalin. Alhamdulilah saya sangat berpuas hati. Proses bersalin saya sangat cepat, sejurus bersalin susu dah standby utk diberi pada baby, luka saya cepat sembuh dan rahim cepat mengecut. Saya juga telah kembali ke berat asal semasa tempoh berpantang. Menarik, bukan?
Namun kita tak terlepas dengan ujian dan dugaan.. Anak saya ditakdirkan mengalami demam kuning yang sangat lama,hampir sebulan. Sungguh saya tidak bersedia dgn demam kuning ini dan langsung tidak terlintas di fikiran anak saya akan mengalami demam kuning yang lama ini. Sangat tertekan dan risau dengan keadaan demam kuning yang berlanjutan. Suami pun tak tentu arah dibuatnya. Nak kerja pun tak senang. Namun ia adalah pengalaman yang sangat berharga, membuatkan saya akan lebih bersedia jika perkara yang sama terjadi lagi...
Itu lah adat hidup di dunia, dalam setiap kesulitan pasti ada kemanisannya.. Dan setiap kesenangan pasti akan diuji dengan sedikit kesusahan.. Sebagai hamba, tabah la menghadapi kerana itu semua adalah lambang cinta agung Allah Yang Maha Esa kepada hambaNya...

********************************************************************************* 
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :

Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida

COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!

No comments: