Penyusuan susu ibu sangatlah mudah JIKA kita mepunyai ilmu. Tanpa ilmu yang cukup, perkara yang senang ini akan menjadi sangat sukar. Jujur saya katakan, saya sendiri berada dalam persekitaran yang kurang mementingkan penyusuan susu ibu. Namun tempoh mengandung 9 bulan digunakan sebaik mungkin utk membuat persediaan terbaik kepada bayi yang akan lahir nanti. Tiada istilah "saya keturunan susu sikit, kakak dan mak saya pun mmg tak ada susu", atau "saya inverted nipple, macam mana nak breastfeed". Ya, itu semua bukan alasan jika anda kena gaya dan caranya. Malah Allah itu Maha Adil, mana mungkin kita tidak boleh menyusu sedangkan susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.
Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk menjayakan penyusuan atas pengalaman saya sendiri.
- Dalami ilmu penyusuan sebanyak mungkin semasa mengandung.
- Berdoa dengan yakin, minta Allah permudahkan proses penyusuan apabila bayi keluar nanti.
- Dapatkan bayi secepat mungkin selepas bersalin. Susukan dia seawal yang boleh kerana sejurus keluar dari perut ibu, daya hisapan bayi sangat tinggi. Jadi boleh mengelakkan masalah bayi tak pandai menghisap susu.
- Susukan bayi dengan kerap. Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan oleh badan kerana hormon akan menghantar signal kepada otak tentang adanya permintaan.
- Minum air secukupnya dan jaga pemakanan. Pastikan badan mendapat zat2 yang secukupnya untuk menjayakan proses penyusuan.
- Jangan elakkan penyusuan diwaktu malam! Penyusuan di malam hari sangat penting kerana hormon penyusuan lebih tinggi di waktu malam.
- Jangan perkenalkan bayi dengan puting dan botol susu di bulan pertama kelahiran. Dikhuatiri bayi akan menjadi malas untuk menghisap kerana penyusuan susu ibu memerlukan effort bayi untuk mendapatkan susu. Berbeza dengan penyusuan botol yang tidak memerlukan effort bayi, susu terus keluar dari puting tanpa perlu bersusah payah menghisap.Penggunaan puting (pacifier) pula dikhuatiri akan mengelirukan bayi dengan penyusuan susu ibu.
- Jangan sesekali mengalah apabila diuji mental dan fizikal. Kuatkan semangat dan yakinlah bahawa susu ibu adalah yang terbaik utk bayi. Kasihanilah bayi anda, kerana jika dia boleh berkata2, pastinya dia meminta untuk disusukan ibunya sendiri.
Maka, dalam tempoh mengandung, tak usah la sibuk2 mencari susu formula brand apa yang terbaik kerana secara tidak sedar, anda telah memberi 2 pilihan kepada bayi, sama ada breastmilk atau boleh juga formula milk!
Kasihani lah bayi, berikan hak yang sepatutnya menjadi miliknya... Segala kesusahan akan terbayar apabila melihat anak membesar dengan sihat dan kuat serta cerdik! Ketika itu kita akan sedar, ya aku telah memberikan yang terbaik untuknya, syukur ya Allah!
Tercari2 suplemen yang boleh membantu menjayakan perjalanan penyusuan anda? Klik sini.
Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!
No comments:
Post a Comment