- Berdoa dengan penuh yakin, minta Allah permudahkan urusan anda dan si kecil.
- Kami mengamalkan pemakaian cloth diaper. Cloth diaper sangat istimewa kerana ia membuatkan anak merasa basah bila ia patut rasa basah. Oleh itu mereka cepat belajar dan memahami apa itu proses membuang air kecil/besar.
- Boleh pakaikan disposable diaper ketika berada di luar atau balik kampung atau bercuti dsb untuk kesenangan anda.
- Untuk mengurangkan kesulitan, pastikan anak sudah boleh memberitahu apa yang dikehendaki serta faham apa yang dikatakan kepadanya.
- Pada hari2 awal latihan, kerapkan bertanya kepada anak sama ada dia mahu membuang atau tidak. Kekerapan boleh dikurangkan apabila anda dan anak telah mula belajar memahami proses ini.
- Sediakan pot khas untuk anak membuang. Ini bagi memudahkan kedua2 pihak. Anda mudah mencuci, anak pula selesa membuang. Tak perlu yang mahal, yang murah RM7 pun dah cukup ;p
RM7 je ni |
- Elakkan memaksa anak menggunakan tandas orang dewasa selagi belum tiba masanya (sehingga saiz anak sesuai untuk menggunakannya). Ini bagi mengelakkan rasa fobia yang seterusnya akan merencatkan seluruh proses latihan. Kanak2 gayat dan takut jatuh jika saiznya masih tidak sesuai untuk menggunakan tandas orang dewasa.
- Biarkan anak kencing di dalam seluar sekurang2 nya sekali, ini bagi mengajar anak betapa tidak selesa apabila seluar basah akibat membuang di dalam seluar. Percayalah, ini sangat berkesan. Mereka pasti tidak mahu perkara sama berulang lagi =)
- Berikan pujian bila2 anak anda berjaya melakukannya di tandas (mereka akan sangat bangga!). JANGAN marah apabila dia gagal, ini akan membuatkan anak rasa rendah diri, putus asa dan ketakutan. Sebaliknya, hanya tunjukkan sedikit rasa kecewa pada riak wajah anda, percayalah si kecil sangat menyayangi kita, dia pasti tidak mahu anda mengecewakan anda lagi!
- Setelah berjaya melakukannya di rumah, teruskan dengan latihan apabila berada di luar. Setelah berjaya melakukannya di siang hari dan ketika berada di luar, anda boleh memulakan latihan di malam hari pula. Pastikan anak kencing sebelum tidur. Mungkin anda mahu meletakkan mat di tempat tidur anak untuk permulaan. Tapi insyaAllah accident free ;p
Kami telah mengamalkannya, dan sangat berkesan. Si comel telah berjaya menjalani latihannya hanya dalam tempoh beberapa hari sahaja!
si comel yang berjaya free diapers at 2 years ++ |
P/S:
*Kami juga mengamalkan pemberian susu ibu 100% melebihi usia 2 tahun. Susu ibu terkenal dengan khasiat yang menjadikan anak2 sangat cerdik. Mungkin ini juga dapat membantu.
*Setiap anak mungkin berbeza tahap kebolehannya, usah terlalu mendesak.
*Anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk membiarkan rumah tanpa karpet untuk mengelakkanaccident yang boleh membuatkan anda stress sbb kena cuci karpet =) STRESS tidak bagus dan boleh membawa kepada kegagalan!
********************************************************************************* Penghantaran Shaklee Penang, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!
No comments:
Post a Comment