Jika ada yang berjaya dengan petua-petua lama ini.. Syukur lah.. Proses bercerai susu pastinya berjalan lancar. Namun bagaimana jika petua ini tidak berjaya? Ibu beria mahu putuskan susu sementara si anak pula tidak membenarkannya. Maka akan bermulalah episod putus susu secara paksa. Si anak memendam rasa, mungkin menjerit menangis terutama sebelum tidur malah ada yang masih teresak dalam tidurnya.
Proses bercerai susu tidak semudah yang difikirkan. Banyak permainan emosi antara ibu dan anak. Si ibu akan dihinggut rasa bersalah dan tidak sampai hati. Si anak yang tidak mengerti pula pastinya diruntun kecewa dan kesedihan yang sukar digambarkan. Kenapa dulu boleh? Kenapa sekarang ibu beria dan tegar tidak mahu menyusukannnya lagi? Maka bermula episod berendam air mata kedua-dua ibu dan anak.
Bagi HA pula, proses alami ini harus diputuskan secara alami juga. Apabila si anak telah bersedia, ibu hanya perlu menerangkan kepada anak mengapa perlunya menghentikan proses ini sekarang, si anak tentu secara perlahan-lahan dapat menerimanya. Tiada mainan emosi yang keterlaluan di sini.
Di sini HA nak kongsikan beberapa tanda yang menunjukkan anak kita telah bersedia untuk bercerai susu :
- Anak telah sempurna penyusuan selama 2 tahun.
- Anak sudah boleh berinteraksi dengan baik bersama ibunya. Anak memahami apa yang dikatakan ibunya dan boleh menyuarakan apa yang dikehendakinya juga.
- Anak telah makan dan minum dengan baik dan sempurna. 5-6 kali meals setiap hari, 3 daripadanya adalah heavy meals iaitu sarapan pagi, lunch dan dinner.
- Biasanya anak paling tidak dapat menghindari penyusuan sebelum tidur. Sebelum tidur, anak pasti nak menyusu dengan ibu sampai tertidur kan. Maka hadkan sesi penyusuan kepada si anak sebelum tidur sahaja.
- Jika langkah 4 telah berjaya, mulakan dengan menghentikan penyusuan di siang hari terlebih dahulu. Ini kerana pelbagai aktiviti dapat dilakukan di siang hari dan anak dapat makan macam-macam di siang hari.
- Apabila si manja tidak lagi meminta susu di siang hari, mulakan pula di malam hari sebelum tidur. Katakan padanya anda ada sedikit masalah dan tidak dapat menyusukannya pada malam itu. Buat secara perlahan-lahan dan jangan mendesak.
- Anda pasti berjaya putus susu akhirnya!!!
Wahai ibu, hanya sedikit kesabaranmu diperlukan untuk menjayakan proses bercerai susu secara alami ini. Memang tak dinafikan sesetengah anak cenderung untuk bergayut dengan sangat lama kerana kehangatan dan keselesaan luar biasa di situ yang tidak akan diperolehinya di mana-mana dengan orang lain, maka bertabahlah wahai ibu, sentiasa ingat MASA KECIL ANAK HANYA SEKALI DAN TIDAK AKAN BERULANG KEMBALI!!! Tabah dan bertahanlah!
Ini sahaja yang dapat HA kongiskan buat masa ini. Semoga bermanfaat kepada anda semua! Coretan ini hanyalah dari pengalaman HA yang kerdil ini, bukan dari pakar penyusuan ya.. Jika perlukan nasihat pakar, berjumpalah dengan mereka yang lebih arif.
With love,
Your Shaklee Independent Distributor!
**********************************************************************************************************
Penghantaran Shaklee Penang, Selama, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!
No comments:
Post a Comment