Monday, March 3, 2014

Tak Tahan Dengan Alahan Di Fasa Awal Kehamilan?

Hurm... Memang perit apabila asyik muntah2 di awal kehamilan. Makan aje keluar balik. Kalau setakat keluar balik aje takpe. Tapi muntah2 itu sendiri kadangkala membuatkan kita tidak selesa. Tekak terasa pahit, letih meneran untuk muntah, mungkin juga pakaian kotor terkena muntah malah tak kurang juga yang terkucil sewaktu mengeluarkan muntah. Semua itu pengalaman yang harus ditempuhi oleh seorang ibu, dan hanya ibu yang memahami situasi ini dengan sebenar-benarnya.. Jangan terlalu mengeluh kerana ramai lagi wanita di luar sana yang belum tercapai hajatnya untuk bergelar seorang ibu. Maka bersyukur itu lebih baik dari asyik mengeluh.

Terdapat banyak petua bagi mengurangkan simptom ini. Namun di sini HA nak kongsikan 3 tips mudah bagi mengurangkan keseriusan alahan ini. Semoga bermanfaat untuk semua.


  1. Elakkan bau-bauan yang terlalu kuat. Kebanyakan masa ibu hamil mudah muntah apabila terbau sesuatu yang terlampau wangi mahupun terlampau busuk. Anda harus bijak menangani masalah bau-bauan ini. Gunakan sabun yang tidak terlalu wangi dan pastikan anda kerap menukar sabun. Penggunaan sabun dengan wangian yang sama terlalu lama boleh mencetuskan loya. Jadi pastikan sabun yang sederhana baunya serta kerap ditukar agar anda tidak loya dengan bau tersebut. Tidak kiralah sama ada sabun basuh baju, sabun mandi, sabun basuh pinggan dan lain-lain.

    Penggunaan deodoran wangi juga boleh meransang untuk muntah. Untuk mengatasi masalah ini, pastikan deodoran dicalit sedikit sahaja, cukup untuk menghilangkan bau yang tidak diingini. Ada juga serbuk tanpa pewangi yang boleh mengatasi masalah bau ini, Hibka namanya. Namun penggunaan serbuk kadangkala boleh mengakibat kesan2 kehitaman di bahagian tersebut.

    Suami juga boleh memainkan peranan dengan tidak menggunakan perfume/wangian yang kuat yang boleh mencetus rasa loya isteri tercinta.

    Mudahnya, kenal pasti bau yang boleh mencetus rasa loya anda, maka elakkanlah dari menggunakan bahan tersebut.

  2. Tips kedua ialah memastikan jadual makan yang teratur dan makan sedikit-sedikit. Elakkan perut kosong terlalu lama kerana ia akan mengumpul gas di dalam perut yang akan memburukkan gejala loya ini. Makan lah setiap 2-3 jam sekali dalam kuantiti yang sedikit. Bila perut selesa loya juga akan berkurangan. Pemilihan makanan pula, pilih lah makanan berkhasiat yang boleh diterima perut. Usah memaksa diri untuk makan makanan yang anda tidak mampu makan kerana ia pasti berakhir dengan muntah... Siapa yang rugi???? Hehehe. Penat2 makan lepas tu muntah. Lagi letih....

  3. Jangan terlalu mendesak ketika memberus gigi. Apabila terasa nak muntah cepat-cepat hentikan aktiviti menggosok gigi itu. Ludahkan dan berkumur-kumurlah dahulu, tarik nafas, tenangkan fikiran dengan fokus kepada perkara lain dan hanya teruskan semula apabila anda bersedia untuk melakukannya! Ha, hebatkan penangan loya sewaktu hamil. Gosok gigi pun kena ada style gitu! Ngehehehehe.
Inilah 3 tips yang paling berkesan, sekurang2nya untuk HA :-) Semoga ia berkesan untuk anda juga!



Sabun favorite untuk membasuh baju ketika hamil, baunya segar tanpa wangian yang menusuk, mahal sedikit tapi berbaloi mengatasi masalah loya

With love,
Your favourite Shaklee Independent Distributor


**********************************************************************************************************
Penghantaran Shaklee Penang, Selama, Malaysia, Indonesia, China, Taiwan. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah sila hubungi :
Call/SMS/Whatsapp : 0135014832
Email : adrianida83@gmail.com
Like Kami Di FB Page : HealthyAdrianida
COD : Pulau Pinang, Perak (Selama), Kedah (Kulim) dan sewaktu dengannya.
Shaklee ID : 926865 (Norshahida)
*Gunakan ID saya jika walk in ke branch Shaklee untuk menikmati harga ahli!

No comments: